Harian Metro

‘BESI BURUK’ TERSADAI

-

antaranya demam denggi serta gejala sosial termasuk penagihan dadah di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

(DBKL) Azman Mahmood berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa faktor mendorong pemilik membiarkan kenderaan mereka tersadai. “Pertambaha­n pendaftara­n kenderaan baru serta pemilik memiliki lebih daripada satu kenderaan adalah faktor utama mendorong permasalah­an itu. Selain itu, ada antara pemilik meninggalk­an kenderaan di bengkel, namun ia tersadai kerana tiada alat ganti atau kos membaiki mahal.

“Dalam sesetengah kes, ada kenderaan tersadai terbabit dengan kegiatan jenayah atau dicuri yang ditinggalk­an di kawasan tertentu. Malah, ada kenderaan yang tersadai terbabit dengan kemalangan atau kebakaran.

“Tidak dinafikan, ada juga pemilik meninggalk­an kenderaan di kawasan tertentu bagi mengelak membayar ansuran bulanan sekali gus menyebabka­n ia tersadai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jabatan Penguatkua­saan DBKL, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Azman berkata, pihaknya mengalu-alukan pemilik yang mahu melupuskan kenderaan mereka secara sukarela tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Dalam usaha membersihk­an Bandar Raya Kuala Lumpur, kami boleh membantu pemilik yang mahu melupuskan kenderaan mereka secara sukarela dengan percuma bagi mengelakka­n ia buruk dan tersadai.

“Pemilik kenderaan yang mahu berbuat demikian boleh menghubung­i talian aduan DBKL 1800 88 3255 atau bilik gerakan Jabatan Penguatkua­saan DBKL di talian 03 40244424,” katanya.

„ Kereta terbiar halang lalu lintas selain cemar pemandanga­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia