Harian Metro

Terima 666 aduan

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 666 aduan diterima Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu membabitka­n kes kenderaan buruk dan tersadai di sekitar ibu kota.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan DBKL Azman Mahmood berkata, aduan itu diterima pihaknya daripada Pejabat Ahli Parlimen dan penduduk setempat berikutan kenderaan tersadai menghalang lalu lintas serta mendatangk­an masalah di lokasi berkenaan.

“Hasil aduan diterima, sebanyak 1,520 kereta buruk dan tersadai ditunda bagi tempoh Januari hingga September lalu selain 1,004 motosikal turut ditunda sepanjang tempoh sama di seluruh pusat bandar raya ini.

“Jumlah kenderaan ditunda itu meningkat berbanding rekod dicatatkan sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak 1,227 bagi kereta, manakala 696 motosikal ditunda bagi tempoh Januari hingga Disember 2017,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jabatan Penguatkua­saan DBKL, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Azman berkata, kebanyakan aduan diterima membabitka­n kawasan awam termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), taman awam serta lokasi tumpuan sekitar pusat bandar.

“Apabila aduan diterima, kami akan melakukan siasatan mengenai latar belakang kenderaan itu sebelum mengeluark­an notis. Pemilik diberi masa tiga hingga tujuh hari untuk mengalihka­n kenderaan mereka sebelum ia ditunda dan dibawa ke Depoh Simpanan Tunda Taman Connaught, di sini, untuk tindakan lanjut.

“Sebaik kenderaan mereka ditunda, pemilik akan dikenakan kompaun sebanyak RM150 termasuk upah tunda selain dikenakan bayaran RM50 sehari sepanjang kenderaan diletakkan di depoh berkenaan.

“Jika pemilik tidak mengambil semula kenderaan mereka dalam tempoh sebulan, kenderaan itu akan dicadang dilupuskan sebaik surat dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak insurans, bank serta pemilik kenderaan itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pada minggu lalu, pihaknya menjalanka­n tiga operasi menunda kenderaan buruk tersadai di beberapa lokasi sekitar ibu kota membabitka­n pelbagai jenis kereta tempatan dan import.

“Dalam operasi Khamis lalu, sebanyak 15 kereta buruk tersadai di sekitar Parlimen Kepong dan Parlimen Setiawangs­a ditunda ke Depoh Simpanan Tunda Taman Connaught. Selain itu, kami turut menunda lima kereta di kawasan

Parlimen Setiawangs­a dan Parlimen Wangsa Maju dalam operasi pada Sabtu lalu.

“Dalam operasi semalam (kelmarin) pula, enam kereta tersadai di Parlimen Seputih, Parlimen Lembah Pantai dan Parlimen Wangsa Maju ditunda ke depoh berkenaan. Difahamkan, ada kenderaan terbabit dibiarkan tersadai di kawasan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia