Harian Metro

Demi Syafiq...

- Norizuan Shamsuddin cnews@nstp.com.my

„ Ibu angkat sanggup korban apa saja asalkan anak sakit jantung terima rawatan terbaik

“Kami ambil tanggungja­wab untuk jaga anak sejak dia bayi lagi selepas dilahirkan ibunya. Kami juga sudah rasa dia macam anak kandung sendiri.

“Kalau perlu, saya sanggup berkorban apa saja meskipun membahayak­an nyawa sendiri asalkan dia menerima rawatan terbaik dan kembali pulih,” kata Normarlina Ahmad Mukhtar, 43.

Wanita itu berazam untuk melakukan apa saja ikhtiar demi kebaikan anak angkatnya, Muhammad Syafiq Khalish Rizal Abdullah, 2, yang mengalami masalah Tetralogy of Fallot (TOF) atau penyakit jantung konginetal sianotik.

Masalah kesihatan Muhammad Syafiq Khalish bertambah serius apabila hasil pemeriksaa­n terkini di Hospital Serdang, minggu lalu, mengesan berlaku pendarahan pada otaknya.

Menurut Normarlina, dia dan suaminya, Rosrizal Baharuddin, 43, mengambil Muhammad Syafiq Khalish sebagai anak angkat selepas ibu kandung kanak-kanak itu yang berasal dari Indonesia pulang ke negara asal.

Katanya, ibu kandung Muhammad Syafiq Khalish bersetuju menyerahka­n kanak-kanak itu kepada mereka selepas dilahirkan pada 3 Februari 2016 kerana berdepan masalah kewangan.

“Selepas usianya memasuki 10 hari, Muhammad Syafiq Khalish dikesan menghidap masalah jantung dan sejak itu, dia kerap dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan dan dipantau doktor.

“Pada 20 Oktober lalu, dia sekali lagi dimasukkan ke Hospital Serdang kerana mengalami demam berpanjang­an dan sampai hari ini (semalam), dia masih ditahan di Wad Pediatrik.

“Hasil ujian dijalankan doktor mengesahka­n berlaku pendarahan pada otak Muhammad Syafiq Khalish menyebabka­n kepalanya membesar satu sentimeter,” katanya di Hospital Serdang, di sini, semalam.

Menurutnya, pembedahan bagi merawat pendarahan pada otak Muhammad Syafiq Khalish sukar dan berisiko tinggi berikutan kanak-kanak itu menghidap penyakit jantung.

Katanya, sejak disahkan mengalami pendarahan pada otak, Muhammad Syafiq Khalish semakin kerap mengalami sawan.

“Keadaan anak tidak menentu, dalam sehari dia pernah mengalami sawan sebanyak tujuh kali.

“Kami dimaklumka­n peluang untuk Muhammad Syafiq Khalish kembali pulih amat tipis dan perlu ditempatka­n di wad untuk pemantauan doktor,” katanya.

Normarlina berkata, kos perubatan Muhammad Syafiq Khalish amat tinggi kerana kanak-kanak itu bukan pemegang status warga negara Malaysia.

Kerani di sebuah syarikat swasta itu berkata, dia terpaksa mengambil cuti untuk menjaga Muhammad Syafiq Khalish di wad.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan menerusi akaun bank CIMB milik Normarlina, 7015067070.

 ??  ?? PEGAWAI khas ketua aktivis (Komunikasi) PPIM, Jan Fazal Ladi (kiri) ketika melawat Muhammad Syafiq Khalish sambil diperhatik­an Normarlina.
PEGAWAI khas ketua aktivis (Komunikasi) PPIM, Jan Fazal Ladi (kiri) ketika melawat Muhammad Syafiq Khalish sambil diperhatik­an Normarlina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia