Harian Metro

‘Angah nak sihat dan bantu keluarga’

-

Pasir Gudang: “Angah nak sihat dan bantu keluarga,” itu antara ungkapan penuh harapan Muhamad Fadizrul Azraain Billah Zulkifly sejak disahkan menghidap empat jenis kanser iaitu kanser hidung, hati, paru-paru dan selaput otak.

Keceriaan wajah anak kedua berusia 23 tahun daripada enam beradik itu berubah sepenuhnya apabila terpaksa menanggung kesakitan selepas disahkan menghidap empat penyakit berkenaan pada Mac tahun lalu.

Sejak dikesan menghidap penyakit, dia yang lebih dikenali sebagai Angah menjalani pelbagai rawatan termasuk kemoterapi dan badannya kini semakin lesu, selain kehilangan lebih separuh berat badannya daripada 70 kilogram (kg) kepada hanya 30 kg.

Bapanya, Zulkifly Mohamed, 55, berkata penyakit dialami anaknya itu mula dikesan selepas dia mengalami gejala pendarahan hidung.

“Mulanya saya berubat cara kampung dengan meletakkan sirih tetapi tidak sedap hati dan membuat pemeriksaa­n di HSI (Hospital Sultan Ismail).

“Selepas menjalani X-ray, doktor mengesan terdapat kuman kanser pada bahagian pangkal hidung anak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Blok G, Jalan Tasik 64, Flat Seri Alam di sini, semalam.

Menurutnya, ketumbuhan pada bahagian hidung yang disangka sudah berakhir selepas menjalani kemoterapi dan radioterap­i selepas disahkan kanser tahap dua tahun lalu hanya bertahan sehingga Julai lalu.

“Dalam tempoh ini, anak sering mengadu mengalami sakit kepala dan terpaksa dihantar ke bahagian kecemasan HSI sekali lagi untuk rawatan lanjut.

“Selang seminggu kemudian, doktor mengesahka­n kuman kanser sudah merebak ke selaput otak, paru-paru dan hati,” katanya yang tidak bekerja kerana mengalami penyakit

jantung.

Katanya, anaknya disahkan mempunyai tiga kanser tahap empat iaitu paru-paru, selaput otak dan hati, selain kanser pangkal hidung tahap dua.

“Sekiranya keadaan darah baik dan keadaan dirinya baik, kemoterapi itu akan diteruskan dengan dos yang rendah. Dia juga bergantung kepada susu khas, nestum, sardin dan roti, selain mengalami muntah-muntah lebih 10 kali sehari,” katanya.

Zulkifly mengakui keluargany­a sebelum ini hanya bergantung kepada pendapatan Angah, selain anak sulung, Muhamad Fadzizrul Azraain Billah Zulkifly, 24, yang juga ahli kumpulan Nota Band.

“Angah kini terlantar di rumah dan perlu menjalani rawatan susulan membabitka­n kemoterapi dan pemeriksaa­n darah, selain bergantung kepada pelbagai ubat,” katanya.

Katanya, dia dan isteri, Zaitun Salleh, 50, yang kurang sihat akibat masalah sakit lutut juga tidak mempunyai pendapatan lain bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Keluargany­a juga meminta individu yang mengutip derma melalui akaun persendiri­an tidak lagi berbuat demikian, sebaliknya boleh menyalurka­n bantuan itu terus melalui akaun Bank Rakyat miliknya, Zulkifly Mohamed 220173-28-4976.

 ??  ?? ZULKIFLY bersama Muhamad Fadizrul yang disahkan menghidap empat jenis kanser.
ZULKIFLY bersama Muhamad Fadizrul yang disahkan menghidap empat jenis kanser.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia