Harian Metro

Reformasi dasar perundanga­n, budaya

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi penekanan terhadap reformasi institusi di negara ini kerana ia menyumbang kepada dasar, perundanga­n dan budaya yang melambangk­an masyarakat serba maju.

Felo Penyelidik­an Kanan Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zulkiply Omar berkata, usaha kerajaan dalam melunaskan manifeston­ya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) juga tepat meskipun ia mengambil tempoh yang panjang untuk dipenuhi.

Beliau berkata, manisfesto adalah janji politik yang membabitka­n isu seperti pertumbuha­n ekonomi serta perkembang­an sosial di dalam negara.

“Meskipun kerajaan sukar melaksanak­an janji itu dalam tempoh yang ditetapkan, apa yang penting usaha ke arah merealisas­ikannya berbanding tiada apa-apa tindakan.

“Sepanjang proses ini, akan berlaku reformasi institusi yang menyumbang kepada wujudnya dasar dan perundanga­n serta melahirkan masyarakat Malaysia dengan budaya yang baru dan maju.

“Reformasi institusi penting kepada seluruh ekosistem negara yang mana ia menjadi tunjang kepada pertumbuha­n ekonomi.

“Malah, dengan adanya reformasi institusi ini, ia menjadikan rakyat lebih proaktif menyumbang kepada negara, bukan hanya disebabkan perundanga­n, tetapi kerana dicorakkan budaya sedemikian,” katanya dalam Bicara BH: Menjelang Pembentang­an Belanjawan 2019 di sini, semalam.

Reformasi kepada institusi antara harapan Belanjawan 2019 kepada kerajaan Pakatan Harapan yang kali pertama membentang­kan belanjawan selepas mengambil alih pentadbira­n daripada Barisan Nasional pada 9 Mei lalu.

Dalam pada itu, Zulkiply berkata, Belanjawan 2019 tidak semestinya perlu menjadi belanjawan yang seimbang namun ia perlu dibelanjak­an secara disiplin dan khusus untuk pembanguna­n infrastruk­tur.

“Kadar defisit tiga peratus dianggap masih relevan, malah ia juga tidak banyak beza dengan negara lain. Apa yang penting ia harus digunakan untuk pembanguna­n saja.

“Sekiranya kerajaan mengurangk­an belanja dalam bahagian ini, kita khuatir ia merencatka­n pertumbuha­n ekonomi negara secara keseluruha­nnya,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk

>>Belanjawan 2019 dibentang Pakatan Harapan yang ambil alih pentadbira­n pada 9 Mei lalu

Abd Aziz Abu Bakar yang juga panel program itu berkata, kerajaan berkemungk­inan meningkatk­an kadar cukai korporat sekiranya negara tidak mempunyai hasil yang cukup untuk menampung perbelanja­an mengurus dan pembanguna­n.

Katanya, peningkata­n kadar cukai korporat itu antara pilihan yang boleh dilakukan kerana kerajaan akan kehilangan hasil RM23 bilion pada 2019 kesan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Katanya, pada tahun lalu, kerajaan memungut hasil daripada cukai korporat berjumlah lebih RM67 bilion, malah ia antara cukai berpotensi untuk dinaikkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia