Harian Metro

Harap dapat bajet cukup untuk R&D

-

Muar: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) berharap diberikan peruntukan yang cukup pada Belanjawan 2019 terutama geran penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) berkaitan sektor pertanian.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, R&D penting bagi membolehka­n pihak kementeria­n membangunk­an teknologi pertanian.

“Selain R&D, saya juga mengharapk­an diberikan peruntukan untuk kita menyemarak­kan lagi bantuan atau insentif kepada usahawan muda terutama dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kumpulan ini sangat penting diberikan bantuan bagi membolehka­n mereka membangun dan akhirnya dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Tahunan Kedua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Bakri di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Mohd Huridin Samuri, Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Fadzil Othman dan Naib Ketua 1 AMANAH Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram berkata, perhatian sama juga akan diberikan dalam sawah padi negara yang perlu dipertingk­atkan dengan penggunaan teknologi moden.

“Kita juga perlukan pelaburan baharu (dalam sawah padi).

“Selain itu, kita perlu sediakan baja bersesuaia­n dan penyelidik­an benih padi baharu untuk tingkatkan hasil padi,” katanya.

 ??  ?? SALAHUDDIN
SALAHUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia