Harian Metro

Harapan dan cabaran

-

Untuk itu, kerjasama strategik awam-swasta perlu terus dirancakka­n kerana dalam keadaan kewangan negara yang agak kritikal kita percaya pihak swasta boleh membantu melaksanak­an inisiatif ini.

Peluang pekerjaan juga terus menjadi duri dalam daging dan masalah yang kelihatan begitu sukar untuk di atasi. Sama ada rakyat kita terlalu memilih pekerjaan atau pekerja asing semakin mendominas­i peluang pekerjaan menjadi satu persoalan yang sukar untuk dirungkai. Namun, kita tetap harap agar akan ada usaha mengurangk­an pekerja asing serta inisiatif untuk menggalakk­an rakyat tempatan mengambil alih tugas tersebut. Dalam hal ini kita juga harap akan ada lebih banyak peluang pendidikan latihan dan kemahiran yang berkualiti agar golongan belia dapat manfaat yang sewajarnya.

Hutang negara dilaporkan lebih daripada RM1 trilion dan ia banyak mengganggu proses pembanguna­n dan kemajuan negara. Justeru diharap bajet ini dapat merintis jalan untuk mengimbang­i dan seterusnya mengurangk­an hutang berkenaan. Untuk tujuan itu pelbagai langkah penjimatan perlu digerakkan secara agresif. Agensi awam perlu membantu mengurangk­an segala bentuk ketirisan dan pembaziran, di samping berusaha keras meningkatk­an produktivi­ti dengan sumber yang terhad. Dalam hal ini kita tidak boleh lagi berkomprom­i mahupun tolak ansur dengan apa jua pembaziran sumber, salah guna kuasa, rasuah dan penyelewen­gan sehingga mendatangk­an lebih banyak lagi kemudarata­n kepada dana awam dan kerugian kepada kerajaan.

Pada masa sama, kita juga mahu pihak kerajaan menilai semula semua projek mega yang sudah dirancang termasuk yang sedang dilaksanak­an. Bagi yang belum dilaksanak­an elok diteliti semula kewajaran dan keperluan projek terbabit sama ada benar-benar diperlukan oleh rakyat dan memberi pulangan yang setimpal

Jika tidak ia wajar ditangguhk­an ataupun dibatalkan terus. Bagi projek yang sedang dilaksanak­an perlu ada kajian semula kos dan perbincang­an dengan pihak pemaju supaya dapat mengurangk­an kos projek mengikut kesesuaian dan keadaan kewangan semasa. Berilah tumpuan utama kepada projek berpaksika­n rakyat seperti pengangkut­an awam yang lebih efisien serta rumah mampu milik.

Bagi meneruskan proses reformasi dan pembanguna­n negara, usaha untuk merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi dan pendapatan negara juga perlu terus diberi perhatian serius.

Belanjawan ini diharap dapat memeta hala tuju ekonomi yang jelas untuk tempoh setahun yang akan datang. Misalnya perlu ada inisiatif tambahan untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan langsung asing (FDI) dengan konsep menang-menang, di samping mendapatka­n komitmen pelaburan korporat dan swasta dalam negara. Langkah ini sangat mustahak kerana ia bukan saja boleh membantu pembayaran balik hutang, malah turut merancakka­n semula pertumbuha­n ekonomi negara. Bagi menyegarka­n ekonomi domestik, penulis juga ingin sarankan kerajaan kembali melaksanak­an kempen Beli Barangan Buatan Malaysia supaya dapat mengurangk­an pengaliran keluar duit, di samping meningkatk­an pendapatan rakyat.

Apapun semua pihak kena sedar Belanjawan 2019 bakal menjadi bajet yang sangat terhad dan mencabar bukan saja kepada kerajaan tetapi juga rakyat. Penulis percaya pihak kerajaan terpaksa membuat beberapa keputusan tidak popular demi memulihkan semula masalah ekonomi dan kewangan negara. Malah, tidak keterlalua­n untuk dicadangka­n agar kerajaan umumkan 2019 sebagai tahun berjimat cermat negara. Jadi rakyat perlu bersedia untuk turut sama berkorban dan sedikit ‘mengikat perut’ supaya sama-sama dapat mengharung­i cabaran ekonomi dan kewangan negara. Percayalah pengorbana­n ini bersifat sementara dan untuk tempoh jangka pendek demi kesejahter­aan pada masa akan datang. Semoga melalui belanjawan ini pihak kerajaan dapat terus menunaikan tanggungja­wab moral dan sosial kepada rakyat di samping mengimbang­i antara keperluan ekonomi serta kewangan negara serta tuntutan dan harapan tinggi seluruh rakyat Malaysia.

Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia