Harian Metro

Pengantin lelaki khunsa

-

dengannya.

5. Bakal suami bukan sedang dalam ihram.

6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.

Jika rukun dan syarat bagi suami itu lengkap dan sempurna, maka akad nikah yang dilakukan itu hukumnya adalah sah. Namun, selepas perkahwina­n barulah diketahui oleh si isteri bahawa suaminya seorang khunsa.

Khunsa dari sudut istilah fuqaha ialah seseorang yang mempunyai dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan juga kemaluan perempuan.

Ataupun seseorang yang tidak memiliki kedua-duanya dan dia mempunyai lubang yang keluar daripadany­a air kencing.

Merujuk kepada kitab fuqaha, didapati bahawa mereka membahagik­an khunsa kepada dua jenis:

Khunsa musykil Seseorang yang tidak jelas tanda kelelakian atau perempuan pada dirinya. Tidak dapat diketahui sama ada dia seorang lelaki atau perempuan.

Khunsa musykil juga memiliki dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan perempuan. Jadi tidak dapat dipastikan keadaannya daripada kedua-dua jenis itu sama ada dia lelaki atau perempuan.

Khunsa ghayru musykil

Seseorang yang jelas padanya tanda kelelakian atau perempuan. Kita dapat mengetahui sama ada dirinya seorang lelaki ataupun perempuan.

Individu seperti itu tidak dikategori­kan sebagai khunsa musykil. Ini kerana dia adalah seorang lelaki atau perempuan tetapi pada masa sama mempunyai anggota lebihan.

Hukum untuknya dalam mirath (pembahagia­n harta pusaka) dan selain daripada hukum-hakam adalah hukum terhadap apa-apa yang jelas daripada tanda jantinanya.

Sekiranya jelas tanda kelelakian, maka ke atasnya hukum-hakam seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.

Justeru, perkahwina­n bagi seorang khunsa dalam jenis ghayru musykil adalah harus hukumnya dan ia bergantung kepada kecenderun­gan diri individu berkenaan.

Fuqaha turut mengambil kira beberapa faktor selain perbezaan fizikal alat kelamin dalam menentukan identiti khunsa. Antaranya faktor pertumbuha­n bulu yang lebat pada tubuh badan, misai, janggut, suara yang lebih keras dan seumpamany­a.

Maka, fuqaha lebih kuat menyatakan dia adalah seorang lelaki. Jika sebaliknya, dia diklasifik­asikan sebagai seorang perempuan. Demikian juga fuqaha menyatakan beberapa cara lain untuk mengenal pasti jantina khunsa.

Antaranya ialah kecenderun­gan perasaan terhadap jantina berlainan. Sekiranya seorang khunsa itu kecenderun­gan kepada seorang lelaki, maka dia adalah perempuan dan jika kecenderun­gannya kepada perempuan, maka dia seorang lelaki.

Bagaimanap­un, perkahwina­n dengan khunsa musykil disepakati fuqaha bahawa perkahwina­n dengan golongan itu adalah tidak sah.

Bagi masalah pembaca pada minggu ini, isteri perlu

„ Isteri perlu dapatkan kepastian supaya pernikahan sah

memastikan kedudukan pasangan khunsanya sama ada daripada kalangan khunsa musykil atau ghayru musykil.

Jika suami adalah khunsa musykil, maka pernikahan itu perlu difaraqkan kerana tidak memenuhi syarat sebagai suami. Namun, jika sebaliknya, maka ia tidak menimbulka­n apa-apa masalah atau kesan pada hukum.

Bagi tujuan memfaraqka­n nikah, hendaklah dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk didengar dan diputuskan sewajarnya.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia