Harian Metro

Berikan anak nama baik dan mulia

-

Pemberian nama kepada setiap manusia itu adalah satu doa dan di akhirat kelak kita akan dipanggil mengikut nama yang diberikan. Ia juga menjadi lambang identiti bangsa dan keturunan seseorang.

Menjadi fitrah semua manusia mahukan nama yang baik dan mulia. Dalam satu hadis riwayat

Abu Daud, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Pada Hari kiamat, kamu akan dipanggil dengan nama kamu dan nama-nama bapa kamu sekalian, maka perbaikkan­lah nama–nama kalian.” (Riwayat Abu Dawud)

Biasanya, bagi yang baru memeluk Islam, mereka akan diminta menukar nama dalam bahasa Arab kerana beranggapa­n ia sesuatu kemestian.

Adakah wajib menukar nama asal bangsa sendiri kepada nama dalam bahasa Arab? Pada zaman Nabi, jarang berlaku seorang yang baru memeluk Islam mengubah nama asal mereka.

Secara umumnya, menukar nama itu bukan satu kewajipan tanpa sebarang sebab yang tertentu. Bagaimanap­un, menjadi keperluan untuk menukar nama mengikut dua keadaan berikut:

1. Apabila nama asal mempunyai makna tidak baik dan bertentang­an dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, Abdul Nabi (hamba kepada nabi) atau nama-nama merujuk kepada dewa atau dewi atau kepada agama selain Islam.

Rasulullah SAW menukar nama Abdul Ka’bah bin Auf kepada Abdul Rahman bin Auf. Nama orang Islam tidak sepatutnya menjadi hamba kepada makhluk.

Kita adalah hamba kepada Allah (sebagai contoh Abdullah). Begitu juga seorang sahabat bernama Abdul Uzza (Hamba kepada berhala bernama Uzza) juga ditukar namanya kepada Abdul Rahman.

Bukan saja kepada mereka yang baru memeluk Islam, bahkan yang dilahirkan Islam tetapi mempunyai nama tidak elok juga perlu berbuat demikian.

Terdapat nama yang dikhususka­n kepada Allah SWT seperti Rahman, Rahim, Malik yang perlu diubahkan kepada Abdul Rahman, Abdul Rahim atau Abdul Malik.

2. Jika nama itu mempunyai makna buruk. Kebanyakan kes di mana Nabi SAW mengubah nama sahabat adalah tergolong dalam kategori berkenaan. Contohnya, Nabi SAW menukar ‘harb’ (peperangan) kepada ‘silm’ (keamanan), ‘huzun’ (kesedihan) kepada ‘sa’id’ (kegembiraa­n).

Saidina Umar mempunyai anak yang diberi nama ‘Asiyah’ bermakna tidak taat. Rasulullah SAW kemudian menukar nama itu kepada Jamilah yang bermakna cantik.

Sekiranya nama seseorang itu tidak bertentang­an dengan ajaran Islam atau tidak mempunyai makna buruk, tidak menjadi kewajipan untuk mengubahny­a.

Bagaimana pula dengan nama bapa atau nama keluarga? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiap­a memanggil nama dirinya sendiri selain daripada nama ayahnya akan dikutuk oleh Allah, para malaikat dan semua orang.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah mengutuk orang yang mengaku sebagai milik seseorang selain bapanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam satu lagi hadis, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barangsiap­a mendakwa bahawa dia adalah milik seseorang selain bapanya akan ditolak syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, penting bagi seseorang mengaitkan keturunann­ya kepada bapa biologinya. Walaupun seseorang dibenarkan mengubah nama asalnya tetapi tidak dibenarkan menyembuny­i atau mengubah nama keturunan mereka.

Seorang sahabat Nabi SAW sebelum Islam bernama Ikrimah bin Abu Jahal. Selepas memeluk Islam, namanya tetap Ikrimah bin Abu Jahal. Bapanya, Abu Jahal adalah seorang penentang Islam dan Nabi Muhammad

SAW.

Bagaimanap­un, nama bapanya tetap tidak diubah oleh Nabi kepada Abdullah dan tetap berbinkan Abu Jahal.

Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia dan Profesor di Universiti Putra Malaysia

 ??  ?? BUNGA mawar menjadi pilihan ibu bapa zaman dulu untuk nama anak perempuan.
BUNGA mawar menjadi pilihan ibu bapa zaman dulu untuk nama anak perempuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia