Harian Metro

‘Buat audit penerbanga­n’

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

„ Syarikat penerbanga­n diminta ambil langkah berjaga-jaga elak kejadian tidak diingini

Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) diminta melakukan audit keselamata­n terhadap syarikat penerbanga­n yang beroperasi di negara ini dari semasa ke semasa bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke berkata, audit itu penting bagi memastikan syarikat penerbanga­n menitikber­atkan aspek keselamata­n dan mematuhi segala piawaian yang sudah ditetapkan.

Beliau berkata, CAAM akan memastikan setiap syarikat penerbanga­n di negara ini mengambil langkah berjaga-jaga terutama membabitka­n apa-apa isu teknikal dihadapi pesawat masing-masing.

“Semua syarikat penerbanga­n mesti mempunyai piawaian yang perlu dipatuhi pada setiap masa dan ia bukan hanya terpakai selepas berlaku insiden seperti ini (nahas pesawat Lion Air),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Bersama Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan (NSPC) Yang Pertama di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), semalam.

Loke berkata demikian mengulas mengenai nahas pesawat Lion Air penerbanga­n JT610 yang terhempas di perairan Pulau Jawa, Isnin lalu yang mengorbank­an 189 penumpang dan anak kapal.

Katanya, industri penerbanga­n adalah sangat sensitif terhadap piawaian keselamata­n, justeru pihaknya sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian yang paling besar terhadap aspek keselamata­n syarikat penerbanga­n di negara ini.

Loke berkata, beliau tidak mahu menuding jari kepada mana-mana syarikat penerbanga­n, tetapi untuk adil kepada semua, mana-mana syarikat penerbanga­n yang beroperasi di Malaysia perlu memastikan tahap keselamata­n berada pada tahap terbaik.

Menurutnya, pihaknya mahu semua pihak khususnya industri penerbanga­n negara mengambil iktibar dan pengajaran terhadap nahas yang menimpa pesawat Lion Air.

“Kami mahu semua pihak mengambil langkah-langkah yang khusus untuk memastikan insiden seperti itu tidak berlaku. Kita juga akan memantau segala hasil daripada siasatan nahas itu. Setakat ini, kita tidak tahu hasil siasatan dan punca nahas pesawat itu,” katanya.

Ditanya mengenai larangan Lion Air terbang di ruang udara Eropah susulan rekod keselamata­n yang buruk, Loke berkata, beliau dimaklumka­n syarikat penerbanga­n itu pernah dilarang terbang di Eropah, tetapi mereka sudah mendapat kebenaran mengenainy­a.

“Kita juga tidak boleh buat kesimpulan (larangan untuk Lion Air terbang di ruang udara Malaysia) seperti itu. Bagaimanap­un, CAAM akan sentiasa memantau setiap syarikat penerbanga­n yang beroperasi di negara ini,” katanya.

 ?? Anthony Loke ?? Semua syarikat penerbanga­n mesti mempunyai piawaian yang perlu dipatuhi pada setiap masa dan ia bukan hanya terpakai selepas berlaku insiden seperti ini (nahas pesawat Lion Air)”
Anthony Loke Semua syarikat penerbanga­n mesti mempunyai piawaian yang perlu dipatuhi pada setiap masa dan ia bukan hanya terpakai selepas berlaku insiden seperti ini (nahas pesawat Lion Air)”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia