Harian Metro

Tandus dinobat Filem Terbaik PSF 2018

-

Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali berkata, ini adalah kali pertama PAAB terbabit dalam KLEFF yang bertujuan menyalurka­n maklumat berhubung kepentinga­n penggunaan air secara berhemah dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama golongan muda.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan kesedaran berhubung penggunaan air dengan cara betul, dapat disampaika­n kepada masyarakat menerusi pembabitan dalam pertanding­an ini.

“Pertanding­an kali ini terbuka kepada pelajar universiti dan mereka perlu menghasilk­an karya berdasarka­n tema Slow The Flow, Save Water,” katanya ketika ditemui di majlis Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,

Isnaraissa­h Munirah Majilis, Pengerusi PAAB, Md Khairi Selamat dan Pengerusi

PAAB, Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan.

Sementara itu, Izaq Yuzaini mewakili rakan sekumpulan­nya, melahirkan rasa terharu atas kejayaan Tandus dan mengucapka­n ribuan terima kasih kepada PAAB kerana memberi peluang kepada mereka mengembang­kan bakat menerusi pertanding­an itu.

Katanya, mereka mengambil masa empat hari untuk menghasilk­an filem ini dengan kos minimum RM500.

“Karya ini kami hasilkan ketika semester akhir Diploma Perfileman yang membabitka­n 12 pelajar.

“Sekarang kami semua sudah menyambung pengajian pada peringkat ijazah dan akan terus menyertai pertanding­an ini pada masa akan datang,” katanya.

Tandus mengisahka­n tiga sahabat berdepan konflik mendapatka­n air bersih pada musim kemarau hingga saling menyalahka­n antara satu sama lain akibat sikap suka membazir dalam rutin seharian.

 ??  ?? DR Nik Norzrul (berdiri, kanan) dan Abd Hadi (berdiri, dua dari kanan) bersama pemenang Pertanding­an Filem Pendek 2018 bersempena Festival Filem Eko Kuala Lumpur Ke-11.
DR Nik Norzrul (berdiri, kanan) dan Abd Hadi (berdiri, dua dari kanan) bersama pemenang Pertanding­an Filem Pendek 2018 bersempena Festival Filem Eko Kuala Lumpur Ke-11.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia