Harian Metro

Runding semua kaum

- Hidir Reduan dan Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

„ ICERD perlu mendapat persetujua­n sebelum ditandanga­ni

Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) hanya akan ditandatan­gani selepas berunding dengan semua kaum di Malaysia.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatka­n, latar belakang demografi Malaysia yang menyaksika­n pelbagai lapisan kaum dan bangsa hidup bersama amat sensitif kepada perkara tertentu.

Sehubungan itu, katanya, langkah libat urus perlu dilaksanak­an bagi mendapat persetujua­n berhubung konvensyen berkenaan sebelum kerajaan mencatur sebarang keputusan muktamad.

“Kita akan tandatanga­n selepas kita runding dengan semua kaum di Malaysia kerana perkara ini bukan mudah memandangk­an negara

ini ada pelbagai kaum. “Masing-masing sensitif terhadap perkara-perkara tertentu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali sebagai Industri4W­RD di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Samad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ignatius Dorell Leiking dan timbalanny­a, Dr Ong Kian Ming serta Presiden Persekutua­n Perkilanga­n Malaysia (FMM) Datuk Soh Thian Lai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy, pada 26 Oktober lalu dilaporkan berkata, Kerajaan Persekutua­n komited untuk mengesahka­n enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Menurutnya, komitmen itu bukan hanya daripadany­a sendiri, malah disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

 ??  ?? DR Mahathir diiringi Darell (kiri) menunjukka­n buku National Policy on Industry 4.0 pada pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0, semalam.
DR Mahathir diiringi Darell (kiri) menunjukka­n buku National Policy on Industry 4.0 pada pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia