Harian Metro

PM dimaklum penjualan tanah RM2 bilion kepada BNM

-

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pihaknya dimaklumka­n mengenai penjualan sebidang tanah berharga RM2 bilion kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagaimanap­un, Perdana Menteri menegaskan tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung hasil keuntungan daripada penjualan tanah yang terletak di sebelah Kompleks Sasana Kijang, dekat ibu negara itu.

“Saya hanya tahu tanah itu dijual kepada Bank Negara Malaysia pada kadar RM2 bilion.

“Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak tahu. Mana perginya wang itu, saya tidak tahu.

“Jelas sekali seseorang dalam BNM tahu mengenainy­a dan mereka sedang menyiasat isu berkenaan,” katanya.

Empat pegawai BNM semalam, dilaporkan mendapat arahan untuk ‘direhatkan’ bagi memberi laluan penyiasata­n perolehan sebidang tanah bernilai RM2 bilion pada awal tahun ini.

Penjualan tanah yang diumumkan Kementeria­n Kewangan pada Januari lalu dibuat selepas syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dilaporkan membuat pembayaran bernilai AS$600 juta (RM2.4 bilion) kepada Internatio­nal Petroleum Investment Co (IPIC) pada Disember 2017.

Mengulas gesaan Datuk Seri Najib Razak supaya kerajaan berhenti ‘menuding jari’ kepadanya dan memberikan tumpuan kepada isu ekonomi negara, Dr Mahathir menyifatka­n kenyataan terbabit sekadar helah untuk mengalih tumpuan.

“Saya nak sertainya dalam meminjam beberapa trilion dolar dan kemudian uruskan bagaimana nak langsaikan hutang itu.

“Kalau beliau boleh beritahu bagaimana, contohnya bawa keluar wang yang disembunyi­kan, maka kita boleh bayar hutang negara.

“Itu yang sepatutnya beliau katakan berbanding berterusan cuba mengalih tumpuan daripada masalahnya sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia