Harian Metro

Bincang isu air antara agenda lawatan Dr Mahathir ke Singapura

-

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 12 November ini bagi membincang­kan pelbagai isu hubungan dua hala termasuk perjanjian air dengan republik berkenaan.

Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata, kerajaan sentiasa komited dan tegas dalam melaksanak­an usaha serta perbincang­an membabitka­n isu perjanjian air dengan Singapura.

“Kita akan terus beri komitmen dan bertegas dalam isu perjanjian air serta sentiasa berusaha ke arah itu.

“Perdana Menteri akan ke Singapura dan saya pasti kedudukan harga air antara isu bakal dibincang.

“Malaysia sentiasa mementingk­an perbincang­an secara diplomasi dan mengutamak­an hubungan dua hala antara kedua-dua negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-UMNO Paya Besar) yang mahukan penjelasan kerajaan sama ada isu perbincang­an harga air dibekalkan kepada Singapura akan dinoktahka­n atau sebaliknya.

Marzuki berkata,

Malaysia berhak mengkaji semula harga air mentah dibekalkan kepada Singapura berdasarka­n peruntukan dalam Perjanjian Air 1961 dan 1962.

“Antara langkah awal diambil Malaysia ialah menyatakan secara jelas pendirian berhubung hak menyemak semula harga air mentah ketika pertemuan dua hala dengan Singapura,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia