Harian Metro

Salur bantuan kepada waris anggota bomba

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menyalurka­n bantuan kewangan termasuk insurans berjumlah RM164,000 hingga RM289,000 kepada waris anggota bomba yang terkorban ketika operasi menyelamat di Puchong pada 4 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, keluarga terbabit turut memperoleh pencen berdasarka­n kenaikan pangkat khas yang diterima anggota berkenaan.

“Bantuan kewangan itu meliputi insurans dan pampasan iaitu RM286,000 kepada keluarga Mohd Fatah Hashim, keluarga Izatul Akma Wan Ibrahim (RM289,000) dan Mazlan Omarbaki (RM164,000).

“Keluarga Yahya Ali pula menerima RM289,000, Adnan Othman (RM289,000) manakala waris Muhammad Hifdzul Malik Shaari (RM206,000),” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) bagi pihak kementeria­n di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab celahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai bantuan kepada keluarga enam anggota bomba yang terkorban ketika menjalanka­n operasi menyelamat, awal bulan lalu.

Raja Kamarul Bahrin berkata, kerajaan meluluskan lima jenis elaun kritikal dengan mengambil kira risiko dan cabaran dihadapi ketika menjalanka­n tugas.

“Elaun termasuk bayaran insentif kepada anggota bertugas secara syif, elaun pasukan khas seperti Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), elaun pasukan penyelamat perubatan kecemasan dan elaun pemandu,” katanya.

 ??  ?? RAJA Kamarul Bahrin
RAJA Kamarul Bahrin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia