Harian Metro

Bekalan gula cukup

- Rosman Shamsudin, Farah Suhaidah Othman, Noor Hidayah Tanzizi cnews@nstp.com.my

„ Pengguna tidak berdepan masalah berikutan kilang mengalami isu teknikal

Bekalan gula di sekitar Lembah Kinta serta daerah Muallim dan Manjung di sini, bukan saja mencukupi, malah harganya turut terkawal dan orang ramai tidak menghadapi masalah membelinya.

Peniaga kedai runcit, Syed Rizwan Shah Syed Ali, 21, berkata, setakat ini dia mendapatka­n bekalan gula seperti biasa daripada pembekal di Jalan CM Yusuf tanpa berdepan sebarang masalah.

Katanya, harga diperoleh masih kekal dan dijual kepada orang ramai dengan harga RM2.85 bagi satu kilogram.

“Setakat ini, tidak berlaku kekurangan, malah bekalan gula sentiasa ada. Harga masih kekal dan kita tidak bercadang untuk mencatu bekalan gula buat masa ini,” katanya ketika ditemui di kedainya di Jalan Menteri, Kampung Manjoi, di sini.

Tinjauan NSTP di kedai runcit di sekitar Kampung Manjoi juga mendapati tidak berlaku kekurangan bekalan gula dan tiada peruncit mengehadka­n penjualan gula kepada orang ramai.

Dalam laporan NSTP semalam, permit import (AP) gula halus akan dikeluarka­n sementara kepada pihak berkaitan bagi menampung kekurangan bekalan bahan itu dalam kalangan pengilang makanan dan minuman.

Permit itu dikeluarka­n sebagai penyelesai­an jangka pendek berikutan operasi kilang syarikat pengeluar gula tempatan, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) di Shah Alam ketika ini menghadapi isu teknikal.

Sementara itu, tinjauan NSTP di kedai runcit sekitar daerah Muallim pula mendapati semua peruncit mempunyai stok yang cukup bagi memenuhi permintaan pelanggan terutama pengusaha kedai makanan dan minuman.

Peniaga runcit, A Rengan, 60, berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan bekalan gula halus dan setakat ini pemborong tetap membekalka­n jumlah gula halus yang dipesan itu.

Katanya, tidak ada catuan jualan gula kepada pelanggan dan mereka bebas membeli mengikut keperluan kegunaan harian dengan harga kawalan ditetapkan kerajaan.

“Saya menjual gula seperti biasa kepada pelanggan dan bekalan gula setakat ini mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan terutama kepada pengusaha kedai makanan dan minuman,” katanya ketika ditemui, dekat sini.

Sementara itu, kakitangan swasta, Mohd Hasnul Zakaria, 48, berkata, setakat ini dia bebas membeli mengikut jumlah keperluan harian di mana-mana kedai tanpa sebarang masalah.

Tinjauan di daerah Manjung turut mendapati bekalan gula di daerah ini mencukupi dan tidak ada masalah membabitka­n kekurangan barangan itu.

 ??  ?? SYE D R i z wa n menyusun bekalan gula di kedai runcitnya di Manjoi, Ipoh. RENGAN menunjukka­n stok gula di kedainya yang cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan.
SYE D R i z wa n menyusun bekalan gula di kedai runcitnya di Manjoi, Ipoh. RENGAN menunjukka­n stok gula di kedainya yang cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia