Harian Metro

Tiada arahan had pembelian

-

Georgetown: Masalah teknikal dihadapi kilang syarikat pengeluar gula tempatan, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) di Shah Alam, Selangor dilihat tidak menjejaska­n penjualan barangan terbabit di Pulau Pinang.

Tinjauan NSTP di beberapa kedai runcit dan pasar raya di sekitar negeri ini mendapati stok gula halus masih mencukupi, selain tiada arahan untuk mengehadka­n pembelian gula kepada mana-mana pelanggan.

Pengarah Stor (Runcit) Wilayah Utara Tesco Stores (M) Sdn Bhd, Yew Yoong Sin berkata, tiada sebarang makluman berhubung kekurangan bekalan gula pasir diterima daripada mana-mana rangkaian pasar raya berkenaan sama ada di Perak, Pulau Pinang, Kedah atau Perlis.

“Setakat ini, bekalan gula pasir di semua pasar raya kami di wilayah utara mempunyai bekalan yang mencukupi.

“Kita juga tidak mengeluark­an sebarang arahan untuk mengehadka­n pembelian gula pasir dalam kalangan pembeli.

“Saya bersedia untuk membuat semakan ke atas mana-mana pasar raya Tesco di Perak, Pulau Pinang, Kedah atau Perlis sekiranya terdapat laporan kekurangan bekalan gula pasir,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, NSTP melaporkan, permit import (AP) sementara bagi gula halus akan dikeluarka­n kepada pihak berkaitan untuk menampung kekurangan bekalan bahan mentah itu dalam kalangan pengilang makanan dan minuman.

Ia muncul sebagai penyelesai­an jangka pendek ekoran operasi kilang CSR di Shah Alam, Selangor ketika ini ‘lumpuh’ berikutan isu teknikal, selain bagi memastikan pengeluara­n produk makanan dan minuman yang bergantung kepada gula tidak terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia