Harian Metro

Dokumentar­i khas ketokohan Pak Lah

-

Putrajaya: Ketokohan, jasa dan sumbangan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diabadikan dalam dokumentar­i selama satu jam, sekali gus menjadi sumber rujukan kepada generasi akan datang.

Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI), Datuk Jefridin Atan berkata, penerbitan dokumentar­i itu mendapat kerjasama daripada Primeworks Studio, subsidiari Media Prima Berhad.

“Jutaan terima kasih setulus hati saya ucapkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar serta kru yang terbabit dalam proses menerbitka­n dokumentar­i ini.

“LEGASI berusaha supaya dokumentar­i ini ditayangka­n di media arus perdana sama ada di dalam dan luar negara,” katanya berucap pada Majlis Pratonton Dokumentar­i Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Resensi Buku: Being Abdullah Ahmad Badawi-The Authorised Biography di sini, semalam.

Turut hadir, Abdullah dan isteri, Tun Jeanne Abdullah.

Pelancaran dokumentar­i itu disempurna­kan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Dalam pada itu, Jefridin berkata, penerbitan dokumentar­i itu diharap menjadi rujukan dan panduan kepada banyak pihak termasuk penyelidik serta pelajar untuk menelusuri legasi tokoh atau negarawan yang berjasa dan menyumbang kepada pembinaan negara.

Menurutnya, antara legasi atau cetusan idea Abdullah ialah gagasan Islam Hadhari yang diterima baik di peringkat antarabang­sa dengan tertubuhny­a

“Pusat penyelidik­an di Jepun ini ditubuhkan dengan kerjasama Institut Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila suatu bentuk rangkaian disebut

dapat kami bentuk. “LEGASI dilantik menjadi sekretaria­t kepada kerjasama ini termasuk bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Institut Kajian Tinggi Islam Antarabang­sa (IAIS),” katanya.

 ??  ?? TUN Abdul Rahman (kanan) bersama Abdullah ketika melancarka­n Pra Tonton Dokumentar­i Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Resensi Buku: Being Abdullah Ahmad Badawi The Authorised Biography, semalam.
TUN Abdul Rahman (kanan) bersama Abdullah ketika melancarka­n Pra Tonton Dokumentar­i Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Resensi Buku: Being Abdullah Ahmad Badawi The Authorised Biography, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia