Harian Metro

Beli petai pun guna duit palsu

- Nor Azura Abdul Jalil cnews@nstp.com.my

„ Peniaga dipenjara sebulan, denda RM5,000

Tindakan seorang peniaga membeli 18 ikat petai menggunaka­n wang RM100 palsu mengundang padah apabila dia dihukum penjara satu bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhka­n hukuman itu terhadap Toh Kai Thong, 46, selepas bapa tiga anak itu mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sekeping wang kertas not RM100 palsu dan dengan niat hendak menggunaka­nnya sebagai tulen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pasar Borong Selayang, Sentul, di sini pada jam 3.05 petang, 4 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Toh merayu mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya atas alasan dia perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak berusia antara 12 dan 17 tahun.

Faridah Nurdinie bagaimanap­un memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentinga­n awam supaya tertuduh dan masyarakat tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

“Mangsa dalam kes ini telah mengalami kerugian RM900 namun kerugian itu dalam bentuk nilai barangan iaitu 18 ikat petai,” katanya.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian, mangsa sedang bekerja menjual petai di pasar borong Selayang tiba-tiba mangsa telah didatangi tertuduh dengan menaiki sebuah kenderaan yang ingin membeli 18 ikat petai dengan harga RM900.

Tertuduh memberikan kepada mangsa sembilan keping not RM100 sebagai bayaran, namun mangsa telah memulangka­n semula lapan not RM100 kerana majikannya tidak membenarka­n mangsa untuk mengambil wang besar, tetapi hanya mengambil wang kecil daripada pelanggan.

Bagaimanap­un, tertuduh memarahi mangsa kerana memulangka­n semula wang itu dan tertuduh memecut kereta dan membawa lari 18 ikat petai dari kedai itu.

Mangsa mendapati sekeping wang kertas not RM100 diterima adalah palsu dan mangsa membuat laporan polis dan hasil semakan dari Bank Negara Malaysia mendapati wang kertas itu adalah palsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia