Harian Metro

Bekas jurulatih terjun diarah bela diri

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini memerintah­kan bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan membela diri atas pertuduhan merogol seorang atlet penerjun wanita, September tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian terhadap Huang Qiang, 36, yang berasal dari China selepas membenarka­n rayuan pihak pendakwaan terhadap sabitan lepas dan bebas tanpa dipanggil bela diri yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen pada 9 April lalu.

Dalam keputusann­ya, Azman berkata, Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila membuat perintah lepas dan bebas di akhir kes pendakwaan.

“Keterangan dalam aplikasi WeChat, keterangan saksi pendakwaan kelima, keenam, ketujuh dan kelapan boleh diterima sebagai keterangan dan tidak memperjudi­skan kes terhadap tertuduh.

“Selepas meneliti rekod rayuan iaitu alasan penghakima­n dan keterangan saksi, rakan mangsa, serta hujahan pihak, mahkamah mendapati

“Saya memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie dan mahkamah membenarka­n rayuan pihak pendakwaan.

“Mahkamah juga membatalka­n perintah lepas dan bebas dan memerintah­kan responden dipanggil membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Qiang yang mendapat taraf warganegar­a Malaysia didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 20 tahun satu bulan di dalam gim kering (dry gym), Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil pada 5.30 petang, 26 September tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia