Harian Metro

10,000 teruja buang undi

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

„ Pilihan raya kampus UniSZA diadakan selepas tiga tahun tertangguh

Selepas tiga tahun Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak mengadakan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) melalui Pilihan Raya Kampus (PRK), seramai 10,000 penuntut universiti itu menjalanka­n sesi pembuangan undi semalam.

PRK yang mempertand­ingkan 30 kerusi iaitu 10 Kerusi Umum dan 20 Kerusi Fakulti itu membabitka­n tiga kampus UniSZA termasuk Kampus Perubatan Kuala Terengganu dan Kampus Besut.

Penuntut, Nur Liana Syafika Bujang Johari, 23, dari Fakulti Bahasa berkata, dia pertama kali menjalani sesi pembuangan undi dalam PRK itu.

“Saya sudah lama berhasrat untuk mengikuti proses pemilihan MPP melalui PRK, malangnya sepanjang tiga tahun belajar di UniSZA, PRK tidak dianjurkan.

“Justeru, apabila PRK diadakan tahun ini, saya mengikutin­ya sejak hari pembubaran MPP pada 14 Oktober, sesi berkempen dan hari pembuangan undi,” katanya ketika ditemui selepas menjalani sesi pembuangan undi di sini, semalam.

Nur Liana berkata, dia sebelum ini hanya mengikuti perkembang­an PRK di universiti lain melalui media sosial.

“Terdetik juga di dalam hati, kenapa sesi pemilihan MPP di UniSZA tidak melalui PRK seperti kebanyakan universiti awam lain dan saya berpuas hati kerana akhirnya hasrat memperoleh pengalaman terbabit dengan PRK tercapai juga,” katanya.

Mohd Zaki Hassan Adli, 23, pula berkata, PRK yang dijalankan lebih memberi keadilan kepada penuntut UniSZA terutama apabila syarat baharu digunakan seperti tidak mengehadka­n kelayakan calon untuk bertanding sekali gus memberi hak sama rata kepada penuntut.

“Sebelum ini, hanya penuntut yang mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.00 ke atas saja layak bertanding, sekali gus menafikan hak penuntut yang berkepimpi­nan tetapi kurang cemerlang dalam pelajaran.

“Sebagai penuntut tahun akhir, saya sudah lama kurang berpuas hati dengan kaedah pemilihan MPP kerana selama tiga tahun berturut-turut barisan MPP menang tanpa bertanding dan penuntut hanya perlu menerimany­a,” katanya.

Mohd Zaki berkata, apabila PRK dijalankan, semua penuntut diberikan hak untuk memilih, malah penuntut yang berkepimpi­nan dan banyak berbakti melalui kelab atau persatuan di UniSZA berpeluang bertanding jawatan penting itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Induk PRK UniSZA Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh berkata, seramai 54 calon bertanding bagi merebut 24 daripada 30 kerusi dipertandi­ngkan, manakala enam kerusi lagi menang tanpa bertanding.

 ??  ?? NUR Liana Syafika dari Falkulti Bahasa membuang undi pada PRK UniSZA.
NUR Liana Syafika dari Falkulti Bahasa membuang undi pada PRK UniSZA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia