Harian Metro

Tali gantung menanti

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

Lelaki rakyat Malaysia berdepan hukuman mati apabila ditahan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaa­n Singapura (ICA) kerana cuba menyeludup pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai lebih RM700,000 ke republik itu, Isnin lalu.

Suspek berusia 37 tahun ditahan selepas pegawai ICA menemui beberapa bungkusan hitam berbalut di dalam kereta dipandunya ketika memasuki negara itu melalui Pusat Pemeriksaa­n Woodlands, jam 1.55 tengah hari.

ICA dalam satu kenyataan berkata, pasukan Biro Narkotik Pusat (CNB) Woodlands yang dimaklumka­n mengenai kejadian itu melakukan pemeriksaa­n lanjut dan mendapati bungkusan berkenaan mengandung­i 2.95 kilogram (kg) ganja, 2.38kg heroin serta 546 gram ‘ice’ atau syabu.

“Dadah berkenaan dibungkus dalam beberapa bungkusan berasingan dan disorok di beberapa bahagian kenderaan dipandu suspek antaranya ruang penyejuk udara dan dalam sarung tempat duduk.

“Jumlah keseluruha­n rampasan dianggarka­n bernilai SG$256,000 (RM773,043),” kata kenyataan itu.

Katanya, suspek kini ditahan atas kesalahan cuba menyeludup masuk dadah terkawal dan siasatan masih diteruskan.

Suspek berkemungk­inan berdepan hukuman mati kerana Akta Penyalahgu­naan

„ Lelaki gagal seludup dadah ke Singapura bakal berdepan hukuman mati

Dadah Singapura memperuntu­kkan hukuman itu kepada mereka yang dibuktikan bersalah menyeludup dadah terkawal melebihi 500 gram (g) untuk ganja, 15g heroin dan syabu melebihi 250g.

 ??  ?? DADAH bernilai RM700,000 dirampas ketika cubaan menyeludup di Imigresen Singapura.
DADAH bernilai RM700,000 dirampas ketika cubaan menyeludup di Imigresen Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia