Harian Metro

Salur dana keganasan

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Menyalurka­n dana kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, warga Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daish di Syria.

Itu tindakan dua daripada lima individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 13 hingga 26 Oktober lalu dalam operasi di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Sabah kerana disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua suspek terdiri daripada dua warga Malaysia, manakala bakinya masing-masing dari Mesir, Pakistan dan sebuah lagi negara di Timur Tengah.

“Suspek pertama ialah lelaki warga Mesir berusia 50 tahun bekerja sebagai pengurus eksekutif di syarikat swasta di ibu negara, ditahan di Selangor pada 13 Oktober lalu.

“Suspek ialah bekas anggota kumpulan pengganas Al-Qaeda ketika berada di Afghanista­n dari 1988 hingga 1993. Suspek juga pernah bertemu Osama Laden, pemimpin kumpulan Al-Qaeda.

“Dia mengaku menggunaka­n dokumen perjalanan palsu untuk menyusup masuk ke Kanada, Azerbaijan dan Pakistan. Suspek pernah ditahan dan dipenjara di Kanada serta Mesir atas kesalahan menggunaka­n dokumen palsu selain terbabit aktiviti keganasan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, suspek kedua ditahan pada 20 Oktober lalu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, ialah lelaki berusia 31 tahun, warga sebuah negara di Timur Tengah dan tidak bekerja serta terbabit dalam kes ugutan bunuh terhadap seorang diplomat asing di ibu negara.

“Suspek ketiga ialah lelaki warga Pakistan berusia 31 tahun, bekerja sebagai buruh dan ditahan di Sitiawan, Perak, 25 Oktober lalu. Lelaki ini terbabit dalam kumpulan pengganas Lashkar-E-Taiba yang berpangkal­an di sebuah negara di Asia Selatan dan menyusup masuk ke Malaysia sejak Ogos 2016.

“Dia juga pernah menjalani latihan ketenteraa­n di kem kumpulan pengganas Lashkar-E-Taiba.

“Suspek keempat ditahan pada 25 Oktober lalu di Gombak wanita warga tempatan berusia 32 tahun bekerja di sebuah syarikat swasta. Wanita ini terbabit dalam menyalurka­n dana kepada Muhammad Wanndy dari 2014 hingga 2017 bagi membiayai aktiviti keganasan,” katanya.

Suspek kelima ditahan pada 26 Oktober lalu di Kota Kinabalu, Sabah, iaitu lelaki warga tempatan berusia 40 tahun dan bekerja sebagai pengurus perkhidmat­an di sebuah syarikat telekomuni­kasi.

 ??  ?? ANTARA lima individu yang disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas yang
ditahan.
ANTARA lima individu yang disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia