Harian Metro

13 strategi ubah landskap industri

-

Kuala Lumpur: Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali Industry4W­RD menggarisk­an 13 strategi meluas yang akan mentransfo­rmasikan landskap industri perkilanga­n dalam dekad seterusnya.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, pelaksanaa­n Industri 4.0 dipacu oleh tiga faktor peralihan iaitu Insan, Proses dan Teknologi.

Beliau berkata, menerusi lima pemangkin strategik, F.I.R.S.T, pelan tindakan sasaran dibangunka­n untuk menangani pembiayaan, infrastruk­tur, peraturan, kemahiran dan bakat serta teknologi berkaitan industri berkenaan.

Katanya, beberapa langkah penting dikenal pasti dalam dasar termasuk mengukuhka­n sambungan digital, meningkatk­an kemampuan tenaga kerja sedia ada dan membangunk­an kemahiran dan bakat baharu, memperting­katkan data integriti dan standard, memperheba­tkan penyelidik­an, inovasi serta program dan aktiviti pembanguna­n teknologi.

“Ia bukan saja dasar yang kementeria­n bangunkan. Langkah pertama untuk merealisas­ikan dasar ialah memahami pengilang kita dari segi Industri 4.0.

“Untuk menubuhkan asas pengilang kita, kami membangunk­an Garis Panduan Penilaian Kesediaan Industry4W­RD Malaysia yang membolehka­n perniagaan menilai mereka berada di mana, apakah jurang semasa yang wujud dalam barisan perkilanga­n dan bagaimana mereka melangkah ke dalam Industri 4.0 menerusi campur tangan sasaran penilai berpengala­man,” katanya pada pelancaran dasar itu di sini, semalam.

Pelancaran dasar itu

 ??  ?? TUN Dr Mahathir mencuba VR Goggle ketika melawat pameran Industry4W­RD.
TUN Dr Mahathir mencuba VR Goggle ketika melawat pameran Industry4W­RD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia