Harian Metro

Selaras harga sektor hartanah

-

Sektor hartanah perlu menyelaras­kan semula harga jualannya bagi menghadapi kelembapan pasaran dan lebihan permintaan, kata

Pengerusi Sime Darby Property Bhd, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz.

Beliau berkata, pasaran hartanah kini dilihat menghadapi lebihan bekalan dengan kelembapan permintaan hartanah.

Katanya, dalam mana-mana pembelajar­an ekonomi, semua perkara harus berasaskan bekalan dan permintaan.

“Jika sektor hartanah berhadapan dengan lebihan bekalan tetapi permintaan berada di tahap yang rendah, apa yang perlu diselarask­an adalah harga.

“Namun, pelarasan itu perlu berasaskan beberapa perkara seperti lokasi hartanah dan jenis hartanah itu sendiri,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan (AGM)

Sime Darby Property di sini, semalam.

Bantuan Sara Hidup dijangka terus dikekalkan kepada isi rumah berpendapa­tan kurang RM3,000 menjelang Belanjawan 2019 dalam usaha mengurangk­an beban kenaikan kos sara hidup dan meningkatk­an kuasa beli terutama bagi kumpulan B40, demikian menurut Affin Hwang Capital Research.

Ketua Ekonomi Affin Hwang Investment Bank, Alan Tan berkata, bantuan tunai berkenaan akan distruktur semula dan mekanisme pemberiann­ya akan dikaji semula bagi memastikan dana disalurkan dengan tepat khusus kepada mereka yang memerlukan.

Justeru, beliau berkata, jumlah penerima bantuan mungkin berkurang berbanding

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia