Harian Metro

TERUS BANTUAN TUNAI

- Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

„ Mekanisme pemberian dikaji bagi pastikan salur dana kepada golongan tepat

seramai tujuh juta penerima sebelum ini.

“Peruntukan bagi skim bantuan ini akan berkuranga­n daripada RM6.8 bilion namun akan kekal bagi menyokong penggunaan swasta,” katanya ketika taklimat media mengenai Belanjawan 2019 dan Prospek Ekonomi menjelang tahun hadapan di sini, semalam.

Menerusi skim Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenal­kan kerajaan terdahulu, isi rumah berpendapa­tan bulanan kurang RM3,000 menerima RM1,200 setahun pada Belanjawan 2018.

Selain itu, Tan berkata, kerajaan dijangka memperkena­lkan mekanisme penguranga­n subsidi ke arah subsidi bahan bakar bersasar.

“Walaupun pelaksanaa­n subsidi bahan api yang disasarkan tetap tidak jelas, beberapa cadangan termasuk subsidi akan disediakan berdasarka­n keupayaan enjin kereta di mana motosikal di bawah 125cc dan kereta dengan enjin di bawah 1,300cc layak untuk bahan bakar bersubsidi.

“Sekiranya dilaksanak­an, pemerhati percaya soalannya terletak pada mekanisme bagaimana pam petrol dapat mengesan pelanggan yang menggunaka­n kenderaan yang layak,” katanya.

Kerajaan membelanja­kan RM1.67 bilion bagi subsidi bahan api RON95 dan diesel dari Mei 2018 hingga Julai 2018 (peruntukan asal ialah RM3 bilion untuk subsidi bahan api dari Mei hingga Disember 2018).

 ??  ?? BR1M yang diperkenal­kan kerajaan terdahulu memberi bantuan tunai RM1,200 kepada isi rumah berpendapa­tan bulanan kurang RM3,000.
BR1M yang diperkenal­kan kerajaan terdahulu memberi bantuan tunai RM1,200 kepada isi rumah berpendapa­tan bulanan kurang RM3,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia