Harian Metro

Projek twentyfive.7

- Azzman Abdul Jamal cnews@nstp.com.my

„ Gamuda Land, Maxis sedia infrastruk­tur rangkaian, khidmat

Pemaju hartanah, Gamuda Land dan Maxis Bhd menjalin usahasama strategik bagi penyediaan dan penggunaan infrastruk­tur rangkaian dan perkhidmat­an di pembanguna­n projek twentyfive.7 di Kota Kemuning, dekat Shah Alam.

Mengikut perjanjian itu, setiap 279 kediaman di Fasa 1A dan 1B serta 596 unit The Amber Residence di projek perbandara­n itu akan dilengkapi pelan fiber MaxisOne Home dengan kelajuan sehingga 300Mbps.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maxis, Robert Nason berkata, pelan yang ditawarkan dengan akses iFlix tanpa had di rumah dan mudah alih, panggilan domestik percuma tanpa had ke semua telefon mudah alih, talian tetap dan DECT adalah percuma untuk penghuni selama dua tahun dari masa ia diaktifkan dengan ihsan Gamuda Land.

“Pengguna hari ini mengharapk­an penyelesai­an sambungan menyeluruh selaras dengan gaya hidup mereka.

“Masa depan kini memfokus kepada tawaran bersepadu dan kami mempunyai keupayaan untuk menawarkan kedua-dua perkhidmat­an tetap dan mudah alih untuk menyediaka­n penyelesai­an menyeluruh kepada pelanggan jalur lebar kami.

“Kami akan terus melabur dalam mengakses rangkaian fiber sedia ada di Malaysia. Selain daripada sambungan, kami juga akan bekerjasam­a dengan Gamuda Land secara jangka panjang untuk inisiatif penciptaan bersama serta menyediaka­n penyelesai­an yang dapat meningkatk­an seluruh komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Perkhidmat­an antara Gamuda Land dan Maxis, semalam.

Projek twentyfive.7 oleh Gamuda Land adalah perbandara­n pembanguna­n bersepadu bercampur seluas 104 hektar yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam, dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM4.2 bilion.

Projek itu terdiri daripada kediaman pelbagai jenis yang pertama seumpamany­a, pelbagai pilihan runcit di Quayside Mall dan pangsapuri servis bertingkat tinggi pertama di bandar berkenaan iaitu The Amber Residence.

Sementara itu, CEO Gamuda Land, Ngan Chee Meng berkata, syarikat itu juga bercadang menawarkan perkhidmat­an yang sama di projek pembanguna­nnya yang lain dalam usaha melaksanak­an inisiatif bandar pintar di Gamuda Cove dan Gamuda Gardens.

“Kami sedar sepanjang merealisas­ikan pelan induk dan reka bentuk seni bina, dengan melaksanak­an kemudahan dan teknologi tepat yang bukan saja menyokong kesalinghu­bungan fizikal, juga sambungan maya untuk membina komuniti yang mampan.

“Sememangny­a, ini termasuk menyediaka­n infrastruk­tur rangkaian yang betul terlebih dahulu untuk melengkapk­an komuniti dengan Internet berkelajua­n tinggi dan meningkatk­an kesalinghu­bungan maya,” katanya.

 ??  ?? NGAN (dua dari
kiri) bertukar dokumen dengan Nason pada Majlis Menandatan­gani
Perjanjian Perkhidmat­an antara Gamuda Land dan Maxis,
semalam.
NGAN (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Nason pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Perkhidmat­an antara Gamuda Land dan Maxis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia