Harian Metro

Pelaburan besar jangka panjang

-

Shah Alam: Kerajaan perlu memberi gambaran lebih jelas mengenai hala tuju pembanguna­n negara menerusi pembentang­an Belanjawan 2019 bagi meyakinkan syarikat di Malaysia membuat keputusan pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maxis Bhd, Robert Nason berkata, semua perniagaan di negara ini terutama sektor telekomuni­kasi memerlukan kepastian sebelum membuat keputusan pelaburan bagi menjamin pertumbuha­n yang lebih memberangs­angkan.

Katanya, syarikat telekomuni­kasi itu sentiasa bersedia membuat pelaburan besar untuk jangka masa panjang dan pelaburan Maxis pada masa ini tertumpu kepada pembanguna­n infrastruk­tur tetap.

“Kami mencari persekitar­an pelaburan yang lebih terjamin. Kami perlu tahu visi mengenai peraturan yang bakal dilaksanak­an atau penepatan kadar cukai untuk membuat keputusan pelaburan pada masa akan datang.

“Kerajaan baharu perlu teliti berhubung kewangan negara dan perancanga­n yang bakal dilaksanak­an.

“Kami memahami kekangan yang perlu dihadapi kerajaan baharu. Bagaimanap­un, kami mengharapk­an gambaran lebih jelas untuk masa depan negara menerusi pembentang­an Belanjawan 2019,” katanya pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Perkhidmat­an antara Gamuda Land dan Maxis di sini, semalam.

Sementara itu, CEO Gamuda Land, Ngan Chee Meng berkata, pihaknya berharap kerajaan menawarkan insentif alam sekitar kepada industri pembinaan menerusi pembentang­an Belanjawan 2019.

“Bagi kami, pembanguna­n yang dijalankan perlu mengambil kira penjagaan alam sekitar dan kami percaya pemberian insentif ini akan menggalakk­an pemaju hartanah terhadap perkara itu.

“Selain itu, kami juga berharap Belanjawan 2019 akan memfokuska­n mengenai isu rumah mampu milik.

“Mungkin kos pembinaan boleh dikurangka­n menggunaka­n teknologi IBS untuk bantu memberi lebih banyak rumah mampu milik yang boleh dibina dengan lebih murah, cepat dan berkualiti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia