Harian Metro

Gesa lebih banyak platform bantu usahawan wanita Perluas program home dealer

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Chatime Malaysia Sdn Bhd (Chatime Malaysia) berharap lebih banyak kemudahan khusus seperti platform dalam talian peringkat nasional dapat diwujudkan bagi membantu golongan wanita menerusi Belanjawan 2019 pada esok.

Pengarah Eksekutifn­ya, Widayu Latiff berkata, inisiatif itu antara usaha bagi membantu usahawan wanita untuk melaksana dan mengembang­kan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Platform itu akan bertindak seperti pusat sehenti dalam talian yang menyediaka­n pelbagai informasi lengkap berkenaan perniagaan.

“Antaranya seperti skim pembiayaan dari pelbagai institusi kewangan dan perbankan serta program latihan daripada agensi ke- rajaan dan jaringan perniagaan yang lebih meluas,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, sebagai usahawan wanita, pihaknya begitu memahami halangan serta cabaran yang sering dihadapi oleh usahawan wanita, khususnya dari segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Usahawan wanita terutamany­a, mempunyai akses terhad terhadap pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan serta maklumat berguna untuk perniagaan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali turut berkongsi harapan yang sama yang mana pihaknya mahu kerajaan terus memberikan sokongan bagi meningkatk­an daya keusahawan­an dalam kalangan generasi muda.

The Holstein Milk Company Sdn Bhd (Holstein), pengeluar produk tenusu jenama Farm Fresh menyasarka­n untuk melantik lebih daripada 100 pengedar atau di bawah Program Pembanguna­n Usahawan Mikroprene­ur Home Dealer Farm Fresh tahun depan.

Pengarah Operasinya, Azmi Zainal berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan langkah syarikat memperluas­kan program terbabit di Sabah dan Sarawak bermula Oktober tahun ini selepas mendapat maklum balas positif di Semenanjun­g Malaysia.

“Pada masa ini, kami memiliki seramai 364 pengedar di Semenanjun­g Malaysia yang mampu mencapai jualan bulanan antara RM1,000 dan RM,3000 secara separuh masa saja,” katanya pada media ketika Forum Khazanah Mega Trends di sini.

Program Pembanguna­n Usahawan Mikroprene­ur Home Dealer Farm Fresh adalah inisiatif yang membolehka­n orang ramai untuk menjana pendapatan melalui aktiviti jualan produk tenusu Farm Fresh.

Beliau berkata, program yang bermula pada 2016 itu bukan saja memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi usahawan mikro, malah mereka berpeluang untuk mendapatka­n pelbagai latihan dan

„ Farm Fresh sasar tambah 100 pengedar termasuk di Sabah, Sarawak

tunjuk ajar daripada Farm Fresh untuk terus berkembang menjadi usahawan lebih berjaya.

Menurutnya, kebanyakan daripada pengedar Farm Fresh kini semakin berkembang dan mampu menjadi pembekal serta menerokai pasaran runcit hasil daripada pengalaman dan tunjuk ajar daripada syarikat terbabit.

“Mereka bermula dengan menjual susu Farm Fresh dalam skala kecil sebelum mula belajar selok-belok perniagaan dan kini mampu memiliki kedai, bilik sejuk dan lori sendiri,” katanya.

Beliau berkata, program itu pernah mencatatka­n jualan sehingga RM2.6 juta sebulan dan ia kini menyumbang sebanyak 18 peratus kepada pendapatan keseluruha­n syarikat terbabit.

Menurutnya, syarikat menjangkak­an program terbabit mampu menyumbang 20 peratus pendapatan tahun ini melalui pengenalan produk susu Farm Fresh Ultra High Temperatur­e (UHT) yang baru sahaja diperkenal­kan baru-baru ini.

“Kami yakin pengenalan produk susu Farm Fresh UHT ini akan membantu usahawan mikro di bawah program ini untuk mencatatka­n pendapatan lumayan dengan jangkaan jualan sehingga tiga juta pek dan jualan mampu mencecah sehingga RM5 juta ditambah ia juga menerima maklum balas baik walaupun baru berada di pasaran,” katanya.

Mengulas perancanga­n lain untuk program itu, Azmi berkata, syarikat itu kini berada dalam dalam fasa kedua program yang akan memberi fokus untuk melatih usahawan mikro Farm Fresh supaya menjadi lebih cekap dan sistematik dalam pengurusan perniagaan.

“Fokus utama kami kini bukan saja untuk memperluas­kan lagi rangkaian pengedar program ini malah apa yang penting adalah meningkatk­an lagi pendapatan dan saiz perniagaan mereka selepas ini,” katanya.

 ?? FOTO: AIZUDDIN SAAD ?? AZMI (dua dari kanan) meninjau tapak pameran Farm Fresh di Kuala Lumpur.
FOTO: AIZUDDIN SAAD AZMI (dua dari kanan) meninjau tapak pameran Farm Fresh di Kuala Lumpur.
 ?? Widayu Latiff ?? Antaranya seperti skim pembiayaan dari pelbagai institusi kewangan dan perbankan serta program latihan daripada agensi kerajaan dan jaringan perniagaan yang lebih meluas”
Widayu Latiff Antaranya seperti skim pembiayaan dari pelbagai institusi kewangan dan perbankan serta program latihan daripada agensi kerajaan dan jaringan perniagaan yang lebih meluas”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia