Harian Metro

900 anggota pelbagai agensi turun padang cari sisa pesawat

-

Jakarta: Seramai 900 anggota termasuk 50 penyelam daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), tentera, polis dan nelayan membantu operasi mencari sisa pesawat serta cebisan mayat daripada pesawat Lion Air yang terhempas di lautan pada Isnin lalu.

Satu pasukan dari Singapura yang membawa peralatan khas untuk mengesan kotak hitam pesawat turut menyertai operasi itu.

Kerajaan Malaysia dan Argentina juga menawarkan bantuan sekiranya diperlukan Indonesia.

Jakarta Post melaporkan, sehingga petang kelmarin, pasukan pencari dan penyelamat itu menggunaka­n empat kapal pelbagai guna dan 35 kapal yang lebih kecil serta dua helikopter.

Pasukan itu menemui cebisan mayat mangsa, serpihan pesawat dan barangan peribadi penumpang.

Sebanyak 26 beg yang mengandung­i cebisan mayat mangsa dipindahka­n ke Hospital Polis Kramatjati di Jakarta Timur.

Basarnas turut meluaskan operasi pencarian kelmarin dan meminta nelayan yang menemui objek yang berkaitan dengan pesawat itu untuk melaporkan kepada pusat operasi di Tanjung Karawang di Jawa Barat.

“Kami berharap dapat menemui badan pesawat berkenaan kerana percaya kebanyakan mangsa berada di dalamnya,” kata seorang pegawai Basarnas, Didi Hamzar dalam satu sidang media.

Didi berkata, semua beg mayat yang dihantar ke hospital itu tidak mengandung­i mayat dengan anggota tubuh yang lengkap. Agensi

 ??  ?? ISTERI mangsa nahas pesawat Indonesia mencari barang milik suaminya di pusat pengumpula­n di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta, Indonesia.
ISTERI mangsa nahas pesawat Indonesia mencari barang milik suaminya di pusat pengumpula­n di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta, Indonesia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia