Harian Metro

Berturutan hilang kasih

- Agensi

„ Bayi 15 bulan mangsa termuda terbunuh bersama ibu bapa

Bayi perempuan berusia 15 bulan yang pulang bersama ibu bapanya selepas melawat saudara mereka di Jakarta menjadi mangsa paling muda terbunuh dalam nahas pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa pada Isnin lalu.

Kyara Putra antara mangsa yang dipercayai mati dalam nahas berkenaan bersama bapanya Rizal Gilang Sanusi Putra dan ibunya, Wita Seriani yang kedua-dua mereka berusia 26 tahun.

Adik Gilang, Gerian Sanusi Putra menceritak­an kejadian sedih menimpa keluarga mereka kepada wartawan ketika menunggu perkembang­an nahas berkenaan di lapangan terbang Jakarta.

“Saya keliru dan tidak berapa faham apa sebenarnya yang berlaku,” katanya kepada The Telegraph.

“Ibu saya meninggal dunia dua bulan lalu dan kini abang saya yang menjadi tulang belakang keluarga pula hilang,” katanya.

Pihak berkuasa Indonesia masih mencari bangkai pesawat berkenaan dan mayat kebanyakan mangsa, tetapi tidak menjangkak­an yang terselamat.

Gerian, 24, berkata, dia berada di rumahnya berhampira­n Pangkal Pinang sebelum mendengar berita

ada mengenai pesawat malang berkenaan.

Pada mulanya, Gerian cuba menenangka­n diri dengan menyangka pasangan berkenaan menaiki penerbanga­n tengah hari kerana Wita memberitah­unya pada malam itu dia mahu membeli-belah di Jakarta.

Bagaimanap­un, apabila dia

menerima senarai nama penumpang di WhatsApp, Gerian melihat nama abang dan kakak iparnya.

Gerian yang hanya membawa telefon terus bergegas menaiki penerbanga­n pertama ke Jakarta dan sejak itu dia menunggu berita mengenai nasib ahli keluargany­a itu.

 ??  ?? ANTARA pasukan penyelamat Indonesia yang mengumpul cebisan mayat mangsa.
ANTARA pasukan penyelamat Indonesia yang mengumpul cebisan mayat mangsa.
 ??  ?? RIZAL Gilang Sanusi Putra dan isterinya, Wita Seriani bersama bayi mereka Kyara.
RIZAL Gilang Sanusi Putra dan isterinya, Wita Seriani bersama bayi mereka Kyara.
 ??  ?? CEBISAN badan mayat dibawa ke hospital di Jakarta untuk mengenal pasti identiti mangsa.
CEBISAN badan mayat dibawa ke hospital di Jakarta untuk mengenal pasti identiti mangsa.
 ??  ?? PASUKAN penyelamat bersiap sedia dengan kelengkapa­n misi menyelamat mangsa.
PASUKAN penyelamat bersiap sedia dengan kelengkapa­n misi menyelamat mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia