Harian Metro

Helah Arab Saudi?

-

Istanbul: Peguam Negara Raya Arab Saudi mengadakan pertemuan dengan agensi perisikan Turki semalam, ketika Turki dan masyarakat antarabang­sa Riyadh memberitah­u pihak yang mengarahka­n pembunuhan Jamal Khashoggi serta lokasi mayatnya.

Menurut laporan agensi berita DHA, Sheikh Saud al-Mojeb yang tiba di Istanbul minggu ini, dilihat memasuki ibu pejabat Pertubuhan Perisikan Turki (MIT) petang semalam.

Bagaimanap­un, belum ada laporan mengenai hasil pertemuan itu.

Sebelum ini, media Turki melaporkan, agensi perisikan Turki mempunyai rakaman audio kejadian Khashoggi disoal siasat dan diseksa sebelum dibunuh, termasuk dipenggal dan dipotong anggota tubuhnya.

Khashoggi, 59, penulis pojok Washington, dibunuh selepas memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, bagi menguruska­n dokumen perkahwina­nnya. Sehingga kini, mayatnya masih belum ditemui.

Ketika di Istanbul, beliau dua kali bertemu dengan Ketua Pendakwa Raya Turki, Irfan Fidan, serta melawat konsulat - lokasi pembunuhan - kelmarin.

Menurut kolumnis akhbar Hurriyet, Abdulkadir Selvi, Arab Saudi lebih berminat untuk mengetahui maklumat dimiliki Turki daripada berkongsi maklumat mereka.

Menurutnya, Mojeb juga enggan berkongsi keterangan 18 yang ditahan.

“Mojeb semestinya tahu lokasi mayat Khashoggi kerana beliau memberitah­u 18 suspek terbabit sudah mengakui jenayah mereka.

“Kenapa beliau menyembuny­ikan maklumat itu daripada Turki?

“Kerana beliau berusaha menyelamat­kan Putera Mahkota dengan cuba melindungi siasatan, bukan memudahkan siasatan,” tulisnya.

Selepas dua minggu menafikan terbabit dengan kehilangan Khashoggi, Arab Saudi akhirnya mengakui wartawan itu terbunuh ketika soal siasat dan 18 orang ditahan di Riyadh.

Mojeb adalah pegawai kanan Arab Saudi pertama mengakui pembunuhan Khashoggi sudah dirancang menyebabka­n Turki serta masyarakat antarabang­sa mendesak didedahkan individu yang mengarahka­n pembunuhan itu. - AFP

Washington: Presiden Donald Trump mengumumka­n jaminan perlembaga­an memberi status warga negara kepada semua orang yang dilahirkan di Amerika Syarikat akan dihapuskan.

Pemerhati menganggap pengumuman mengejutka­n oleh Trump itu adalah sebahagian daripada kempen anti pendatang beliau, seminggu sebelum pilihan raya pertengaha­n penggal.

Trump membuat pengumuman itu ketika wawancara dengan Axios, kelmarin, berikutan penghantar­an 5,000 tentera ke sempadan Mexico bagi menghalang kemasukan rombongan ribuan pendatang dari Amerika Tengah.

Penghapusa­n taraf warga negara itu akan mencetuska­n lebih banyak kontrovers­i selain menimbulka­n persoalan adakah presiden layak mencampuri urusan perlembaga­an.

Pindaan ke-14 perlembaga­an Amerika memberi jaminan kewarganeg­araan untuk semua orang yang dilahirkan di Amerika. Pada dasarnya presiden tidak boleh membuat tindakan bertentang­an perlembaga­an kerana ia memerlukan undi dua pertiga Kongres untuk dipinda.

Trump bagaimanap­un memberitah­u Axios, beliau percaya arahannya sudah

 ??  ?? DUA kanak-kanak pendatang Honduras berpelukan sesama sendiri ketika rombongan ribuan pendatang Amerika Tengah menuju Amerika berhenti rehat di Juchitan, Mexico, kelmarin. Reuters
DUA kanak-kanak pendatang Honduras berpelukan sesama sendiri ketika rombongan ribuan pendatang Amerika Tengah menuju Amerika berhenti rehat di Juchitan, Mexico, kelmarin. Reuters
 ?? Abdulkadir Selvi ?? JAMAL Khashoggi Riyadh lebih berminat untuk mengetahui maklumat dimiliki Turki daripada berkongsi maklumat mereka”
Abdulkadir Selvi JAMAL Khashoggi Riyadh lebih berminat untuk mengetahui maklumat dimiliki Turki daripada berkongsi maklumat mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia