Harian Metro

Muncul sebagai pelakon undangan

- DARI MUKA 44

Menyedari sebagai orang baru dalam industri, Andi tidak mahu bersikap memilih

Mungkin ada yang menuduhnya tamak, namun anak muda kelahiran

Kota Kinabalu, Sabah ini menegaskan dia perlu mengaut peluang yang ada di depan mata.

“Sebagai orang baru dalam industri hiburan, saya tidak boleh bersikap memilih. Jadi, apabila ada tawaran saya terima saja. Apa yang penting ada minat dan lakukan yang terbaik,” katanya.

Bercerita mengenai filem yang bakal dibintangi­nya itu, Andi berkata, dia akan muncul sebagai pelakon undangan dan berganding­an dengan Jaa Suzuran.

Ini adalah gandingan kedua antara Andi dan Jaa. Sebelum ini mereka tampil dalam lakonan sulung, Korban Penunggu Hospital.

Bercerita mengenai pembikinan klip video Satu Peluang, Andi menyifatka­n ia adalah karya terbaik dihasilkan untuk klip video berbanding dua singlenya sebelum ini iaitu Tiada Lagi Maaf dan Semalam Sahur Di Mana.

“Menilai dari sudut kualiti klip video ini saya sangat berpuas hati. Saya rasa peminat dan penonton juga bersetuju dengan pandangan yang diberikan mengenai klip video Satu Peluang,” katanya.

Menurut Andi, dia turut memberikan idea untuk menghasilk­an klip video Satu Peluang apabila dia mahu memaparkan ‘seksi’ untuk keseluruha­n tema.

“Syarikat rakaman Warner Music mahu menampilka­n model dalam klip video ini. Saya mahukan sesuatu yang seksi sementara produksi mahu penampilan ‘high fashion’,” katanya.

Menurut Andi, seksi yang dimaksudka­n untuk klip videonya itu bukanlah aksi buka-bukaan, tetapi dari sudut imej juga penampilan dirinya mahupun model yang ditampilka­n.

Turut membuat kemunculan khas klip video Satu Peluang ialah pelakon drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek, Haneesya Hanee.-Rudy Imran Shamsudin

 ??  ??
 ??  ?? ANDI menyanyika­n single
barunya pada majlis pelancaran klip video.
ANDI menyanyika­n single barunya pada majlis pelancaran klip video.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia