Harian Metro

KRIS WU DI AMBANG KEGEMILANG­AN

-

menghasilk­an muzik yang benar-benar kena dengan jiwa saya,” kata jejaka kelahiran China itu.

Berbeza selepas meninggalk­an EXO, Kris serta-merta bebas dan berpeluang untuk meneroka pelbagai cabang seni dalam industri hiburan China.

Selain tawaran luar biasa dalam lakonan, dia juga gembira akhirnya dapat menghasilk­an muzik yang diidamkan.

“Sewaktu saya kembali ke China, industri perfileman sangat mekar dan pelbagai jenis tawaran hadir untuk saya. Dari situlah saya mengembang­kan karier lakonan dan menjayakan beberapa filem serentak.

“Kini, saya berpeluang untuk melancarka­n lagu saya pula supaya peminat tahu muzik masih menjadi keutamaan dalam bidang ini,” katanya.

Ternyata, Kris kini berada di ambang kegemilang­an dengan karier solonya.

Keputusann­ya meninggalk­an EXO sangat tepat memandangk­an dia sendiri mahu berkembang sebagai anak seni yang ada hala tuju sendiri.

Bagaimanap­un, Kris tidak pernah menyesal menjadi sebahagian daripada EXO.

Menurutnya, pengalaman itulah sebenarnya yang mengukuhka­n dirinya untuk mencapai tahap sekarang.

“Semestinya sangat menghargai setiap perkara yang dialami sewaktu masih bersama EXO. Setiap saat sangat berharga baik masa indah ataupun masa sukar yang saya lalui.

“Tanpa semua pengalaman itu, saya tidak mungkin boleh menjadi diri saya sekarang ini. Pengalaman itu akan saya jadikan sebagai sebuah bab yang akan dikenang sampai bila-bila,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia