Harian Metro

JUALAN ALBUM PRO CECAH 1 JUTA

-

Baru dibuka untuk prajualan, album kelima EXO berjudul DON’T MESS UP MY TEMPO terjual luar biasa sebanyak 1,104,617 sehingga kelmarin.

Album yang akan dilancarka­n esok itu sekali gus mengulangi kejayaan empat album terdahulu mereka. Menerusi pencapaian itu, EXO turut meraih pengiktira­fan Quadruple Million Seller.

Dengan angka jualan terbaru untuk album kelima berkenaan,

EXO serta-merta akan mendapat gelaran Quintuple Million Seller pula.

Berikutan kejayaan itu, terbukti kumpulan berkenaan semestinya masih lagi berada di puncak meskipun dengan kemaraan banyak kumpulan baru lain.

Peminat setia mereka juga tumpang bangga dan tidak henti-henti memberikan pujian atas pencapaian luar biasa itu.

Sementara itu, EXO dijadualka­n akan membuat penampilan menerusi program muzikal terkenal Music Bank, esok. album Mandarin, Billboard meletakkan­nya dalam kategori M-pop.

Pada minggu berakhir 25 Oktober lalu, album berkenaan berjaya terjual sebanyak 24,000 unit. Terbukti, kumpulan peminatnya di Barat cukup kuat.

Billboard turut mengambil kira pencapaian album berkenaan yang menduduki tempat pertama dalam beberapa carta dunia popular.

Berbekalka­n album itu, Lay juga berjaya menempatka­n diri di kedudukan nombor tujuh dalam carta Social 50. Manakala, album terbabit berada di kedudukan ke-14 untuk carta Digital Album dan tangga pertama untuk carta Independan­t Album.

Dengan pencapaian itu, rata-rata peminat EXO cukup bangga dan tidak henti memberikan pujian buat Lay. Mereka turut mendoakan supaya penyanyi berkenaan terus mencapai segala impiannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia