Harian Metro

JAUHI SIKAP KURANG AJAR

- DARI MUKA 52

Dalam dunia siber, jangan lupa kita berkomunik­asi

dengan manusia lain bukannya mesin

Peraturan 1: Ingat komunikasi sesama manusia

Peraturan utama yang selalu dipesan oleh ibu bapa dan guru sekolah ialah buat sesuatu perkara yang anda ingin orang lain buat kepada anda.

Bayangkan jika anda berada di tempat orang lain bersifat seperti diri sendiri, tetapi jangan sampai melukakan perasaan orang lain.

Dalam dunia siber, jangan lupa kita berkomunik­asi dengan manusia lain, bukannya mesin. Apabila kita berkomunik­asi secara elektronik, apa yang dapat dilihat hanyalah skrin komputer.

Anda tidak mempunyai peluang menggunaka­n mimik muka, gerakan tangan dan nada suara dalam menyatakan maksud komunikasi anda. Apa yang anda ada hanyalah perkataan emoji yang ditaip secara sendirian.

Apabila anda sedang berkomunik­asi online, sama ada dalam bentuk kumpulan WhatsApp, menjawab perbincang­an dalam kumpulan atau berbual dalam bilik borak, setiap penyataan anda mudah disalahtaf­sirkan.

Paling menakutkan ialah pihak yang sedang berhubung dengan anda juga manusia yang turut mempunyai perasaan seperti anda.

Peraturan 2: Ikuti piawai kelakuan online seperti yang anda ikuti dalam kehidupan sebenar

Dalam kehidupan sebenar, kebanyakan kita menjalani hidup dengan mengikut undangunda­ng, sama ada memang kita patuh atau kerana kita takut dikenakan hukuman.

Barangkali ada dalam kalangan pengguna Internet lupa di sebalik skrin komputer wujud manusia lain.

Oleh itu, perlakuan atau kod etnik bernilai rendah perlu dijauhi, walaupun ada sesetengah daripada kita berfikir tidak mengapa, malah ada yang beranggapa­n boleh diterima.

Salah faham kod etnik ini barangkali boleh difahami, tetapi pihak yang terbabit sebenarnya salah. Piawai perlakuan mungkin berlainan dalam sesetengah kawasan di dunia siber.

Namun tidak boleh dikatakan lebih rendah berbanding dengan kehidupan sebenar. Berhemahla­h dalam dunia siber.

Tetapi jika anda mengalami dilema etnik atau perlakuan dalam Internet, sila ikuti kod amalan seperti anda lakukan dalam kehidupan sebenar. Anda akan dapati ia amat berguna.

Peraturan 3: Ketahui di mana anda berada di dunia siber

Adab Internet berbeza daripada platform ke platform. Ada sesuatu perlakuan boleh diterima dalam satu kawasan, tetapi ia sangat kurang sopan dalam kawasan lain.

Misalnya, dalam kebanyakan kumpulan perbincang­an di Facebook, ia berlainan pula dengan kumpulan di Twitter.

Oleh itu, adab Internet berbeza di tempat yang berlainan, penting mengenal pasti di mana anda berada. Perhatikan sekeliling sebelum terbabit.

Apabila anda memasuki platform tertentu dalam dunia siber seperti kumpulan WhatsApp yang baru dikenali, sila perhatikan sebentar.

Habiskan sedikit masa memerhati perbualan atau membaca arkib yang ada kemudian dapatkan suasana daripada pengguna yang biasa dalam platfrom berkenaan.

Peraturan 4: Hormati masa orang lain

Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan daripada kita mempunyai kurang masa berbanding era ibu bapa atau datuk nenek kita.

Juga kadangkada­ng ramai antara pengguna teknologi kurang masa tidurnya walaupun menggunaka­n pelbagai peralatan moden dalam membantu urusan seharian.

Apabila anda poskan pandangan kepada kumpulan perbincang­an, anda sebenarnya sedang mengambil masa orang lain.

Satu adab yang elok sekiranya anda bertanggun­gjawab ke atas masa yang diluangkan oleh pihak lain tidak dibazirkan begitu saja.

Jangan menganggap semua orang akan memberi tindak balas kepada kenyataan anda dan semua peserta bersetuju dengan pendapat anda. Setiap orang dalam Internet mempunyai minat tersendiri.

Jangan habiskan masa orang lain dengan perkara yang remeh dan membosanka­n.

Maksud adab Internet adalah untuk mengelakka­n perlakuan kurang sopan ketika berkomunik­asi di alam siber. Memang benar, Internet boleh digunakan bagi menyatakan perasaan anda secara bebas, menjelajah dunia baru yang penuh keganjilan dan secara berani pergi ke mana saja tempat yang tidak pernah kita jelajahi.

Bagaimanap­un, perlu diingat adab utama Internet, iaitu di sana wujud manusia sebenar. Memang mudah berkata sesuatu yang bersifat kurang sopan menggunaka­n ayat di skrin komputer.

Namun adakah anda akan berkelakua­n demikian jika bersemuka? Tetapi tidak dinafikan katakata kesat dan bersifat kurang sopan kerap terjadi semasa berkomunik­asi menggunaka­n Internet. Kalau boleh cuba elakkan.

 ??  ?? RUANG berkomunik­asi meluas dalam telefon perlu mengingatk­an
kita mengenai batasan.
RUANG berkomunik­asi meluas dalam telefon perlu mengingatk­an kita mengenai batasan.
 ??  ?? REMAJA perlu diberi tunjuk ajar mengenai cara berkomunik­asi online.
REMAJA perlu diberi tunjuk ajar mengenai cara berkomunik­asi online.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia