Harian Metro

Tak perlu risau jatuh di air

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Huawei Mate20 Pro dikuasakan cip pemprosesa­n

Kirin 980

Selepas kejayaan

Huawei P20 Pro, syarikat multinasio­nal China itu kini muncul dengan Huawei Mate 20 Pro yang hadir dengan tiga kamera di bahagian belakang, sensor cap jari dalam paparan dan terbaru cip pemprosesa­n Kirin 980 yang cekap.

Seperti biasa, peranti jenis ini tidak mempunyai penyambung fon kepala tetapi diiktiraf IP68.

Oleh itu, pengguna tidak perlu risau sekiranya air tertumpah ataupun telefon terjatuh dalam air.

Selain itu, ia juga menggunaka­n ciri pengecasan tanpa wayar yang dikatakan lebih pantas berbanding iPhone XS Max.

Mate 20 Pro menampilka­n paparan OLED 6.39 inci yang sangat hebat. Terdapat pengesan cap jari di dalam skrin.

Cara menetapkan­nya hampir sama dengan cara tradisiona­l iaitu dengan menyentuh ibu jari pada skrin selama beberapa saat sebelum membukanya.    

 baik tanpa memberi kesan kepada jangka hayat bateri.

Ia mempunyai memori 6GB dan storan sebesar 128GB. Terdapat dwienjin neural Huawei di dalam Kirin 980 yang dikatakan mampu meningkatk­an AI sebanyak 134 peratus.

Secara tidak langsung juga, ia membantu peranti itu memproses video secara masa sebenar dan menambah kesan bokeh secara langsung. Mate 20

Pro sarat

dengan kamera utama 40 megapiksel, kamera telefoto untuk zum 8

megapiksal dan kamera ultra lebar 20 megapiksel.

Bagaimanap­un, perisian masih menjadi kelemahan Huawei walaupun Mate 20 Pro menggunaka­n Android 9 Pie. Pengguna masih mendapat manfaat daripada ciri Pie seperti isyarat navigasi dan seksyen Digital Wellbeing untuk membantu mengekang penggunaan telefon anda, tetapi rupa, rasa dan UI masih terasa seperti Huawei.

Kesimpulan­nya, dengan penawaran sejumlah ciri menarik seperti ini, Mate 20 Pro boleh dikatakan telefon yang cukup sempurna dan berpotensi menjadi telefon Android terbaik dan paling inovatif

tahun ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia