Harian Metro

Tiga produk baru Apple

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

iPad Pro, MacBook Air dan Mac mini

Jualan iPad yang berjumlah 44.2 juta di seluruh dunia berjaya menumpaska­n semua jenama laptop yang dikeluarka­n sejak setahun lalu.

Paling hampir, HP yang mencatatka­n jualan 36.9 juta unit.

Ketua Pegawai

Eksekutif Apple Tim

Cook, berkata iPad mencatatka­n penggunaan memberangs­angkan daripada pengguna memandangk­an ia peranti paling mudah digunakan selain keupayaan mudah alih yang membantu mereka meningkatk­an produktivi­ti dan berhibur.

“Itu salah satu sebab pentingnya Apple memperkena­lkan versi baru iPad Pro yang menjadi peranti kerja dengan inovasi baru,” katanya ketika memperkena­lkan tiga peranti utama yang baru termasuk iPad Pro, MacBook Air dan Mac mini.

Selain itu, Apple

Pencil versi baru juga diperkenal­kan.

Macbook Air, iPad ProMac mini dan Apple Pencil yang baru akan dijual di Malaysia bermula 7 November ini dengan pratempaha­n bermula sekarang.

Harga ditawarkan termasuk iPad Pro (WiFi) 11 inci berharga RM3,499 manakala iPad Pro (WiFi+selular) 11 inci pula RM4,149.

Sementara itu, iPad

Pro (WiFi) versi 12.9 inci berharga RM4,349 dengan versi WiFi+selular pula RM4,999.

MacBook Air pula menyaksika­n harga jualan bermula RM5,249 manakala Apple Pencil generasi kedua berharga RM549. Mac mini berharga RM3,449.

iPad Pro baru tidak lagi mempunyai butang Home (semuanya skrin penuh) dan ia datang dengan dua saiz iaitu 11 inci dan 12.9 inci manakala paparannya berformat Liquid Retina Display.

Terdapat fungsi Face ID yang memasang juga sistem keselamata­n paling selamat berbanding semua komputer di dunia.

Berdasarka­n pemprosesa­n A12X

Bionic 7nm cip dan 10 bilion transistor, iPad

Pro baru mengeperas­i 35 peratus CPU lebih pantas berbanding model lama serta 92 peratus lebih laju berbanding mana-mana PC di dunia yang dijual sejak setahun lalu.

GPU juga beroperasi

100 peratus lebih baik berbanding model lama dan ia turut datang dengan keupayaan sambungan USB-C dan storan maksimum hingga 1TB.

Sementara itu, MacBook Air kini datang dengan Retina Display dengan saiz 13.3 inci 2550 x 1660 dan ruang pad sentuh lebih luas.

Terdapat butang Touch ID di sebelah kanan yang mempunyai pelbagai fungsi.

MacBook Air mempunyai CPU Intel

Dual Core i5 gen8 16GB dan SSD 1.5TB manakala RAM minimum 8GB.

Ia mempunyai jangka hayat bateri 13 jam dengan rekaan 100 peratus aluminium yang dikitar semula sekali gus mengurangk­an 50 peratus karbon.

Mac mini pula mesin yang lebih laju dengan operasi lebih lancar.

 ??  ?? TIM Cook memperkena­lkan MacBook Air baru.
TIM Cook memperkena­lkan MacBook Air baru.
 ??  ?? MACBOOK Air baru ringan.
MACBOOK Air baru ringan.
 ??  ?? iPad Pro baru.
iPad Pro baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia