Harian Metro

Sanggul untuk busana tema Inggeris

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Tak perlu banyak semburan untuk tonjol gaya santai, semula jadi

Mendandan rambut tidaklah sukar. Namun kreativiti dan kecekapan mengendali­kan helaian rambut cukup penting untuk mendapatka­n hasil dandanan kemas, sepadan dengan gaya yang hendak di tonjolkan.

Andai diperhatik­an, sejak dulu gaya bersanggul tidak pernah ketinggala­n zaman, apalagi tampak kekampunga­n. Lihat bagaimana wanita kini cukup selesa menggayaka­n dandanan sanggul untuk tampil elegan di majlis pernikahan, acara formal mahupun sekadar bersantai bersama teman.

Namun, perlu diketahui bukan semua sanggul mudah disesuaika­n dengan busana. Sanggul besar yang disisir kemas lebih sesuai dengan busana klasik seperti baju kurung, songket dan kebaya.

Sanggul dengan dandanan silang yang ketara dan sedikit huraian rambut (‘messy’) pula lebih sesuai jika dipadankan dengan gaun ala Inggeris, busana moden atau skirt kembang.

Menurut juru mekap artis, Mimi Azlinda

Othman (Instagram: @ ml_mielinda), dandanan sanggul dihasilkan kali ini sesuai untuk pengantin yang bercadang menyarung busana bertemakan Inggeris, menghadiri majlis makan malam atau memenuhi undangan rasmi.

“Dandanan ini hanya memerlukan tiga alat iaitu klip, getah dan penyembur rambut. Ia boleh disiapkan antara 20 hingga 30 minit bergantung kepada ketebalan rambut itu sendiri.

“Bagi yang memiliki bentuk muka bulat, seelokelok­nya tinggikan sedikit sanggul dengan membuat ‘bun’ di bahagian tengah.

Ini secara tidak langsung membentuk ilusi muka bujur.

“Lazimnya, wanita dengan rambut tebal akan menampakka­n bentuk sanggul yang lebih menarik berbanding mereka yang memiliki rambut halus dan nipis. Begitu juga dengan rambut yang diwarnakan perang, hasilnya nanti akan lebih menyerlah berbanding rambut hitam,” katanya.

Paling penting kata

Mimi Azlinda, sanggul untuk gaya Inggeris tidak memerlukan semburan rambut yang banyak untuk menonjolka­n gaya lebih santai, semula jadi. Biarkan saja lebihan rambut mengurai di bahagian tertentu untuk menaikkan lagi seri wajah.

 ??  ?? 2.
3.
4.
5.
6.
7.
TOCANG baki rambut di tengah bersama rambut bahagian bawah dan ikat.
GULUNG rambut yang ditocang membentuk sanggul. Kemaskan dengan klip.
AMBIL bahagian tepi telinga (kanan dan kiri) kemudian buat tocang lipan menghala ke sanggul dan ikat.
LILITKAN pada sanggul dan klip kemas.
SISIR kemas bahagian belahan rambut (kiri dan kanan) di depan dan buat tocang lipan menghala ke sanggul serta ikat.
8. LILIT sekali lagi pada sanggul sebelum klip kemas.
9. HIASKAN sanggul dengan mutiara atau kuntuman bunga kecil.
10. SANGGUL ringkas untuk dipadankan dengan busana Inggeris.
2. 3. 4. 5. 6. 7. TOCANG baki rambut di tengah bersama rambut bahagian bawah dan ikat. GULUNG rambut yang ditocang membentuk sanggul. Kemaskan dengan klip. AMBIL bahagian tepi telinga (kanan dan kiri) kemudian buat tocang lipan menghala ke sanggul dan ikat. LILITKAN pada sanggul dan klip kemas. SISIR kemas bahagian belahan rambut (kiri dan kanan) di depan dan buat tocang lipan menghala ke sanggul serta ikat. 8. LILIT sekali lagi pada sanggul sebelum klip kemas. 9. HIASKAN sanggul dengan mutiara atau kuntuman bunga kecil. 10. SANGGUL ringkas untuk dipadankan dengan busana Inggeris.
 ??  ?? 1. BAHAGIKAN rambut kepada enam bahagian iaitu tengah, bawah, depan kiri dan kanan serta belakang telinga (kiri dan kanan).
SIKAT bahagian tengah untuk membentuk bun dan ikat kemas.
1. BAHAGIKAN rambut kepada enam bahagian iaitu tengah, bawah, depan kiri dan kanan serta belakang telinga (kiri dan kanan). SIKAT bahagian tengah untuk membentuk bun dan ikat kemas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia