Harian Metro

Bedah guna penebuk dinding

-

“Menariknya, di situ saya melihat kebanyakan wanita memakai purdah, lelakinya pula berkopiah, berserban dan berjanggut. Bagaimanap­un, setiap kali tiba waktu solat, mereka tidak mendirikan rukun Islam kedua berkenaan. Hal ini saya tanyakan kepada penterjema­h dan barulah tahu rupanya mereka tidak tahu bagaimana mendirikan solat.

“Masyarakat di sana ketika itu tidak mempunyai asas pendidikan agama yang mengajar mereka membaca al-Quran dan mendirikan solat. Tahulah saya apa yang kita tengok di televisyen itu ada masanya tidak sama dengan hakikat sebenar. Kita mungkin nampak mereka warak dengan wanitanya menutup seluruh tubuh kecuali mata, tetapi pakaian itu hanyalah sebahagian daripada budaya mereka,” katanya.

PERBEZAAN KETARA

Semakin dekat wanita ini dengan kerja kemanusiaa­n, makin tinggi jugalah pemahaman Dr Shalimar terhadap kelainan budaya, penerimaan, keperluan dan kehendak sebenar penduduk di negara bergolak, mangsa bencana mahupun masyarakat yang terasing daripada kelompok majoriti.

“Pernah suatu ketika, di Afghanista­n, seorang pesakit wanita datang kepada saya dan memberitah­u dia sukar mendapatka­n anak. Saya simpati dan bertanya adalah dia pernah keguguran?

“Tidak sangka apabila wanita berkenaan menjawab dia sebenarnya sudah mempunyai lima anak. Saya agak bingung kerana sekejap tadi wanita berkenaan kata dia susah mendapat anak.

“Menjawab pertanyaan saya, katanya dia mahu sembilan anak kerana semua ahli keluargany­a turut mempunyai sembilan anak, sedangkan dia hanya ada lima. Bagi diri saya, permintaan itu memberi satu pengalaman unik ketika bersama mereka,” katanya tertawa.

Jelas Dr Shalimar, sekalipun tahu bagaimana peritnya berada di negara terjejas, dia tidak pernah mengalah. Baginya kepuasan membantu orang yang lebih memerlukan itu sukar hendak digambarka­n dengan kata-kata.

“Sebagai manusia, kita

 ??  ?? MENYEMPURN­AKAN misi di Pakistan pada 2005.
MENYEMPURN­AKAN misi di Pakistan pada 2005.
 ??  ?? MERAWAT pesakit
di hospital.
MERAWAT pesakit di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia