Harian Metro

Guna kulit gred A

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Sepatu sesuai untuk ke pejabat, majlis formal

dan pelengkap penampilan kasual

Lelaki lazimnya lebih cerewet memilih sepatu berbanding wanita. Perincian ringkas, potongan bergaya, jahitan kemas, jenis kulit, bentuk tapak, ketepatan hujung kasut, semuanya diteliti sebelum membeli.

Namun satu hal yang jarang dikompromi tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita adalah keselesaan dan kepelbagai­an fungsi untuk sepasang kasut. Kalau dulu, sepatu kulit mungkin hanya untuk ke pejabat, tetapi hari ini ia turut disesuaika­n dengan gaya ranggi dan kasual.

Menurut Pengarah Urusan UA Sham Sdn

Bhd Kapten (B) Norisham Kadmin, kebanyakan sepatu rekaannya sesuai untuk digayakan untuk tiga fungsi utama iaitu ke pejabat, majlis formal dan melengkapk­an penampilan kasual.

“Terpulang kepada pemakai sama ada mahukan sepatu gaya klasik atau potongan lebih moden dan ringkas. Apa yang penting, kita sesuaikan perincian sepatu ini dengan kehendak, cita rasa dan trend semasa.

“Sesetengah kasut mungkin menyebabka­n kaki melecet, cepat berpeluh dan mendatangk­an masalah kaki berbau. Bagaimanap­un, kita menggunaka­n kulit gred A yang sesuai dengan cuaca dan keperluan orang Asia. Ini bermakna, mereka tidak perlu bimbang untuk membuka kasut di khalayak,” katanya.

Jelas Norisham, setiap koleksi sepatu keluaranny­a dibuat dalam kuantiti sedikit supaya warna, gaya dan rekaannya sentiasa menepati kehendak serta perubahan fesyen semasa.

“Buat masa ini kita lebih fokus kepada gaya kasual dan formal. Tambahan sepatu dengan tiga fungsi sebegini ini lebih praktikal dan menjimatka­n poket pengguna. Bagaimanap­un, kami juga mengeluark­an koleksi sepatu kasual jenis sarung.

“Sepatu ini lebih unik kerana rekaannya yang ringkas, selesa dipakai dan sesuai dipadankan untuk melengkapk­an gaya santai, kasual, formal hinggalah ke pejabat. Tarikan sepatu ini adalah pada pilihan fabrik yang digunakan.

“Kami ada fabrik bercorak, polos dan jenis kulit. Bahagian tepinya dijahit kemas, menjadikan­nya tahan lasak dan bergaya jika dipadankan dengan sut bercorak atau denim,” katanya.

 ??  ?? SEPATU berkilat sesuai untuk ke pejabat, majlis formal atau melengkapk­an penampilan kasual. CORAK pelekat serlah keunikan. POLOS melengkapk­an padanan denim. PADANAN sepatu kulit rona merah tua.
SEPATU berkilat sesuai untuk ke pejabat, majlis formal atau melengkapk­an penampilan kasual. CORAK pelekat serlah keunikan. POLOS melengkapk­an padanan denim. PADANAN sepatu kulit rona merah tua.
 ??  ?? PERINCIAN ringkas sesuai arus fesyen semasa.
PERINCIAN ringkas sesuai arus fesyen semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia