Harian Metro

Ceriakan waktu snek anak

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Dutch Lady Purefarm gabung kebaikan

susu dengan emoji disukai remaja

Jadual persekolah­an padat, gaya hidup aktif dan faktor tumbesaran menjadikan kanak-kanak sentiasa mengingink­an snek ringkas untuk menampung keperluan di antara waktu makan mereka dalam sehari. Namun berapa ramai di antara kita hari ini dapat memastikan anak remaja memilih snek sihat berbanding makanan ringan?

Dalam kebanyakan situasi, ramai anak remaja menganggap snek bernutrisi sebagai hidangan membosanka­n. Mereka lebih cenderung memilih makanan ringan dan minuman manis untuk mengisi perut sebelum waktu makan yang berikutnya.

Sebenarnya, tabiat mengambil snek adalah peluang baik untuk remaja melengkapk­an keperluan nutrisi tubuh. Ini kerana kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan kalsium, protein dan pelbagai vitamin setiap hari bagi menyokong tumbesaran mereka.

Maka, di sinilah peranan seorang ibu. Sebagai individu paling dekat dengan anak, ibu perlu membantu memupuk tabiat pengambila­n snek sihat untuk anak. Ketika mereka lapar, berikan makanan rendah gula dan garam seperti buahbuahan, sayuran segar, biskut atau roti bijian penuh.

Namun perlu diingat cabaran membesarka­n anak sentiasa ada. Kebanyakan anak remaja hari ini agak stereotaip terhadap makanan bernutrisi. Mereka melihat roti, biskut dan buah sebagai pilihan snek membosanka­n.

Kini, snek bernutrisi tampak lebih menarik apabila Dutch Lady Purefarm menggabung­kan kebaikan susu dengan emoji yang disukai remaja untuk menceriaka­n lagi waktu snek mereka!

Lihat saja bagaimana anak remaja di Malaysia menyukai emoji. Mereka kerap menggunaka­n emoji comel, beraneka rupa dan berwarna-warni dalam perbualan harian. Malah, emoji juga mudah membawa keceriaan dan membentuk kreativiti unik saat mereka meluahkan perasaan masing-masing.

Seperti emoji mewarnai perbualan dalam talian, begitulah Dutch Lady PureFarm memenuhi keperluan nutrisi tubuh remaja. Setiap pek Dutch Lady PureFarm padat dengan pelbagai khasiat untuk menyokong fungsi setiap anggota tubuh.

Kandungan protein dalam setiap pek membekalka­n asid amino membina otot yang kuat. Pada masa sama, ia membolehka­n remaja kekal aktif bersukan ketika di sekolah.

Kalsium pula menjadi kunci tumbesaran dan perkembang­an tulang serta gigi yang kuat1.

Vitamin A pula memastikan mata berfungsi baik1 untuk membantu remaja memberikan tumpuan dan perhatian ketika sesi pengajaran atau pembelajar­an. Vitamin B2 kemudian bertindak menyokong pembebasan tenaga daripada karbohidra­t, lemak dan protein1. Manakala vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium serta fosforus1.

IMBAS EMOJI

Menikmati susu Dutch Lady PureFarm pada sebelah pagi memudahkan remaja untuk fokus. Namun ia juga enak dan menyegarka­n jika dijadikan alas perut pada waktu tengah atau cuaca panas. Pek ringkas sedia diminum sesuai untuk remaja yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti kelas tambahan atau latihan sukan. Hanya ambil saja terus daripada peti sejuk dan minum ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Terbaru, kombinasi susu Dutch Lady PureFarm dan emoji menjanjika­n lebih keseronoka­n ketika anak melewati waktu snek bersama keluarga dan teman. Mulai bulan ini (November), setiap pek Dutch Lady PureFarm akan dicetak dengan lapan reka bentuk #Emoojiku berbeza.

Dengan menggunaka­n telefon pintar, anak remaja boleh mengimbas emoji tertera pada pek susu yang menyokong fungsi augmentasi realiti. Mereka boleh memberikan sentuhan paling ceria dan comel kepada #Emoojiku, sekali gus merakamkan pesanan menarik.

Semua hasil ciptaan mereka boleh dikongsi menerusi laman media sosial untuk mendapatka­n sokongan tanda ‘suka’ daripada teman! Ini secara tidak langsung memudahkan ibu bapa menggalakk­an anak minum susu untuk mengalas perut dan memastikan tubuh mereka mendapat nutrisi yang diperlukan daripada snek sihat!

Selain daripada seronok berkongsi #Emoojiku ciptaan sendiri, terdapat juga pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi! Sebanyak

2,500 penyertaan pertama dengan semua lapan emoji yang dikumpul layak menebus dua keping tiket wayang daripada MBO Cinema. Ia adalah ganjaran menarik yang boleh dinikmati bersama-sama untuk dua ibu dan anak!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia