Harian Metro

PELEDAK TERBAIK ASIA

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

„ Gelaran penjaring terbanyak isyarat Faizal pada prestasi terbaik

Penyerang sensasi skuad hoki negara, Faizal Saari mengakui bermotivas­i tinggi untuk menggegar Piala Dunia di Bhubaneswa­r, India bermula 28 November ini.

Apa tidaknya, pemain yang cukup berbakat itu sudah pun meraih gelaran penjaring terbanyak dalam dua kejohanan iaitu

Piala Asia hujung tahun lalu di Dhaka, Bangladesh dan terbaru, Trofi Juara-Juara Asia di Muscat, Oman dengan lapan gol.

Dua gelaran pentas Asia itu cukup jelas

di memberi isyarat dia kini sedang berada pada prestasi terbaik sekali gus tidak mustahil, turut menyinar di Bhubaneswa­r.

“Saya hanya manfaatkan peluang yang ada. Sebelum ini saya memenangi anugerah penjaring terbanyak di Piala Asia dan kali ini pula meraihnya sekali lagi. “Memang kedua-kedua kejayaan ini membakar semangat saya untuk memberikan yang terbaik di Piala Dunia.

“Saya mahu buktikan kepada dunia bahawa kita juga mempunyai barisan penyerang yang bagus,” katanya.

Faizal juga memuji persembaha­n beberapa penyerang muda negara seperti Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi yang menyinar di Muscat.

“Mereka sudah membuktika­n boleh diberi tanggungja­wab besar dan selepas ini di Piala Dunia pula,” katanya.

Faizal juga mengakui semakin serasi beraksi di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu skuad negara, Roelant Oltmans.

“Kami perlu cepat menyesuaik­an diri dengan sistem latihan yang diterapkan­nya.

“Pertama kali beliau membimbing pasukan kami sudah berjaya meraih pingat. Harap kejayaan ini akan berterusan,” katanya merujuk kepada Oltmans yang menggalas tugas pertama selaku ketua jurulatih skuad negara di Trofi Juara-Juara Asia. Pada saingan Piala Dunia, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Pakistan dan dua gergasi Eropah, Belanda serta Jerman.

 ??  ?? NIK Muhammad Aiman
NIK Muhammad Aiman
 ??  ?? OLTMANS
OLTMANS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia