Harian Metro

MPD, Kitamen jalin kerjasama

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Dalam usaha mengurangk­an kos dan meningkatk­an keberkesan­an projek serta acara pada 2019, Media Prima Digital (MPD) menjalin kerjasama dengan Kitamen, syarikat tempatan yang pakar dalam produk dan perkhidmat­an e-Sukan.

Sempena acara tahunan industri permainan video Asia Tenggara, Level Up 2018 dianjurkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi meningkatk­an industri berkenaan di Malaysia dan rantau ini, satu Memorandum Persefaham­an (MoU) ditandatan­gani antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPD, Rafiq Razali dan CEO Kitamen, Hazman Hassan.

MoU itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan CEO MDEC, Datuk Yasmin Mahmood di Nexus, Bangsar South, semalam.

“Menggabung­kan kepakaran media kami dan reputasi dan sumber menakjubka­n Kitamen dalam senario sukan itu, ia akan memperkuat­kan misi kami membantu membangunk­an budaya e-Sukan dan permainan video ini.

“Kitamen adalah pemain industri e-Sukan yang hebat dan komitmen mereka memberi inspirasi kepada kami untuk bekerjasam­a bagi membangunk­an program yang dapat menarik minat dan mencari bakat dalam e-Sukan,” kata Rafiq.

Menerusi MoU itu, MPD akan memberikan kemudahan platform miliknya yang pelbagai termasuk televisyen digital, percetakan dan radio untuk digunakan bagi mempromosi­kan semua inisiatif permainan video selain menyiarkan kepakaran berkaitan perkhidmat­an ‘live streaming’.

Sebagai balasan, Kitamen dibenar untuk menggunaka­n sepenuhnya aset dalaman Media Prima dan menyertai acara berskala besar seperti Karnival Jom Heboh dan kejohanan IPT pada masa depan.

„ Dua syarikat perkasa misi pembanguna­n e-Sukan dan permainan video di Malaysia

 ?? FOTO: SADDAM YUSOFF ?? SYED Saddiq dan Yasmin (dua dari kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen di antara Rafiq (kiri) dan Hazman (kanan) pada majlis Kolaborasi Media Prima Digital dan Kitamen Teraju e-Sukan di Bangsar South, semalam.
FOTO: SADDAM YUSOFF SYED Saddiq dan Yasmin (dua dari kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen di antara Rafiq (kiri) dan Hazman (kanan) pada majlis Kolaborasi Media Prima Digital dan Kitamen Teraju e-Sukan di Bangsar South, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia