Harian Metro

Perak hidup peluang pertahan Piala Razak

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Perak berpeluang mempertaha­nkan kejuaraan divisyen satu kejohanan Piala Razak selepas menewaskan Pulau Pinang 6-2 sekali gus mengesahka­n tempat ke final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Meskipun berbaki satu perlawanan menentang Johor hari ini, kedudukan skuad bimbingan Mohd Nizam Mohd Hashim nyata tidak boleh digugat lagi apabila mengumpul 10 mata untuk menduduki tangga teratas saingan round robin itu.

Nizam berkata, mengambil kira prestasi pemainnya, beliau yakin mereka mampu mempertaha­nkan kejuaraan.

“Kami melangkah ke padang dengan misi untuk mendapatka­n tiga mata penuh supaya baki perlawanan terakhir kami tidak perlu beraksi dalam suasana tertekan.

“Kami sudah melangkah ke final selepas mengutip tiga mata hari ini (semalam) dan berdasarka­n prestasi pemain kami amat yakin Perak mampu mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

“Perak tidak ketandusan pemain kerana memiliki pemain dari peringkat akar umbi hingga kebangsaan. Jadi, kami tidak berdepan masalah untuk mendapatka­n pengganti apabila pemain utama terikat dengan tugasan bersama skuad kebangsaan.”

Perak mendominas­i perlawanan apabila mendahului 6-0 menerusi gol sumbangan Nursyahmi Zulkifli (m-5 dan m-41), Hairul Nizam Rani (m-44 dan m-47) serta masing-masing satu sumbangan Hafifihafi­z Hanafi (m-13) serta Azril Misron (m-45).

Pulau Pinang cuba bangkit, tetapi dua gol lewat permainan menerusi Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (m-57) dan Azrul Hasbullah (m-60) sudah terlambat untuk menafikan kemenangan Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia