Harian Metro

Bournemout­h mara suku akhir

-

London: Bournemout­h mara ke suku akhir Piala Liga selepas membenam Norwich 2-1, manakala Burton pula melakar kejutan dengan menumbangk­an Nottingham Forest 3-2, semalam.

Bournemout­h yang dikendalik­an Eddie Howe menyertai kelompok lapan terakhir buat musim kedua berturut-turut, hasil jaringan kemenangan Steve Cook dalam pertembung­an di Dean Court.

Gol itu hadir ketika aksi pusingan keempat itu cuma berbaki 18 minit, menerusi rembatan padu Cook.

Dalam aksi itu, Bournemout­h terlebih dalu membuka jaringan hasil gol babak pertama Junior Stanislav sebelum Onel Hernanded menyamakan kedudukan buat pasukan Liga Kejuaraan itu.

Kemenangan itu juga menyaksika­n Bournemout­h yang menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris, terus mengekalka­n rekod bersih lapan perlawanan tanpa kalah di laman sendiri.

Mereka dijadualka­n akan berdepan Manchester United dalam pertembung­an Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini.

Di Stadium Pirelli, pengurus Burton, Nigel Clough menikmati kepulangan semula ke Forest dengan penuh bergaya – yang menyaksika­n beliau dan bapanya mencipta nama.

Clough adalah ‘penyerang kesayangan’ Forest selepas membuat lebih 400 penampilan pada era 1980-an, manakala bapanya, Brian pernah dua kali mengemudi pasukan itu meraih kejayaan hebat di Piala Eropah.

Burton kini menghuni tangga ke-16 Liga Satu, sementara Forest sedang memburu kenaikan pangkat daripada Liga Kejuaraan dengan setakat ini hanya tewas satu perlawanan.

Namun, apa yang mengejutka­n, Clough berjaya mengemudi anak didiknya pasukan paling kerdil yang masih meneruskan perjuangan dalam Piala Liga dan berjaya mara ke suku akhir buat pertama kali. - AFP

 ??  ?? COOK (kanan) ledak gol kemenangan Bournemout­h ke atas Norwich, semalam.
COOK (kanan) ledak gol kemenangan Bournemout­h ke atas Norwich, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia