Harian Metro

Fokus kekal kejuaraan EPL

- AFP

„ Sasaran City pertahan trofi di landasan tepat

Tonggak Manchester City, Bernardo Silva menyifatka­n kemenangan liga kali ini akan memberikan pencapaian lebih hebat berbanding menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, yang menyaksika­n mereka turut mencipta rekod baharu.

Skuad kendalian Pep Guardiola melakar pencapaian baharu pada musim lalu apabila menamatkan kejuaraan liga dengan kelebihan 19 mata di depan Manchester United.

Walaupun belum mencapai tahap sama bagi kempen musim ini, apa yang pasti City masih kekal di landasan tepat untuk mempertaha­nkan mahkota berkenaan.

Kemenangan 1-0 di Tottenham kelmarin, sekali lagi melonjakka­n mereka ke puncak carta Liga Perdana, memintas Liverpool menerusi kelebihan gol.

Ia adalah kemenangan kelapan City daripada 10 perlawanan liga, namun Silva merasakan perjalanan lebih getir menanti mereka pada musim ini.

“Saya fikir ia akan menjadi lebih sukar kerana pada musim lalu ramai yang tidak menjangkak­an kami akan memenangi sebegitu banyak perlawanan.

“Jadi, untuk kempen kali ini, semua pasukan tahu mereka perlu beraksi lebih baik untuk menewaskan kami,” kata Silva.

“Sudah pasti ia akan menjadi lebih sukar, tetapi kami akan berusaha keras untuk meraih tiga mata pada setiap perlawanan dan pada akhirnya kami akan cuba meraikan satu lagi gelaran EPL.

“Saya fikir sama ada Chelsea dan Liverpool adalah pasukan pilihan, mereka amat kuat, Arsenal juga tidak kurangnya. Malah, Tottenham juga masih menjadi pilihan walaupun pernah tewas.”

Apa yang membuatkan pemburuan City seakan-akan lebih mudah ialah disebabkan mereka sudah berkunjung ke Liverpool, Arsenal dan Tottenham dengan berjaya membawa pulang tujuh mata daripada semua aksi terbabit.

 ?? Bernardo Silva ?? Sudah pasti ia akan menjadi lebih sukar, tetapi kami akan berusaha keras untuk meraih tiga mata pada setiap perlawanan” SILVA mahu rakan waspada ancaman empat pasukan yang mampu merampas gelaran EPL.
Bernardo Silva Sudah pasti ia akan menjadi lebih sukar, tetapi kami akan berusaha keras untuk meraih tiga mata pada setiap perlawanan” SILVA mahu rakan waspada ancaman empat pasukan yang mampu merampas gelaran EPL.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia