Harian Metro

Teruja pandu jentera F1

- Reuters

„ Tatiana wanita pertama Amerika Latin diberi peluang uji kereta pasukan Sauber

Pelumba Colombia, Tatiana Calderon menjadi wanita pertama dari benua Amerika Latin memandu jentera Formula Satu (F1) sebagai memenuhi jemputan rasmi dalam acara promosi pasukan Sauber di sini, semalam.

Pelumba GP3 berusia 25 tahun itu dilantik sebagai pemandu ujian Sauber pada Mac lalu selepas setahun memainkan peranan sebagai pemandu pembanguna­n, namun akhirnya diberi peluang menguji jentera F1.

“Sukar untuk saya menggambar­kan perasaan saya sebaik berada di dalam jentera, rasa seperti tidak mahu kembali menggunaka­n jentera GP3,” kata Tatiana.

Bagaimanap­un, pasukan itu hanya dibenarkan menekan pedal untuk jarak 100km – bersamaan 23 pusingan Grand Prix Mexico.

“Sejak mula berlumba, impian saya hanya untuk beraksi di pentas tertinggi,” katanya sebaik diumumkan berpeluang menguji jentera C37 di litar Hermanos Rodriguez.

Tatiana yang ditaja oleh syarikat Mexico Telmex, menjadi wanita pertama berpeluang memandu jentera F1 terkini selepas pelumba Britain, Susie Wolff yang bersara pada 2015 selepas mengambil bahagian dalam dua sesi ujian buat Williams.

Pelumba Colombia itu menaruh harapan untuk bertanding dalam Formula Dua (F2) musim depan. Kali terakhir F1 mempunyai pemandu wanita dalam grand prix ialah pada 1976 menerusi Lella Lombardi dari Itali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia