Harian Metro

‘Tuai hasil jangka masa panjang’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my Baharom Bakar cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: “Malaysia tidak perlu menunggu Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo lahir di sini untuk meraih kejayaan,” kata Presiden Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), Gianni Infantino.

Justeru, Infantino melontarka­n kepercayaa­n betapa Program F:30 yang dilancarka­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mampu meningkatk­an kualiti bola sepak di negara ini, sekali gus mencerahka­n impian skuad Harimau Malaya beraksi di Piala Dunia pada masa akan datang.

Katanya, badan induk dunia itu sentiasa menyokong ahli gabungan yang menunjukka­n kesungguha­n membangunk­an bola sepak di setiap peringkat dan pelan itu sejajar dengan ‘Program FIFA Forward’ khusus bagi memperkasa negara anggota FIFA.

“Pada pandangan saya, pelan ini adalah satu perancanga­n yang baik dan saya percaya Malaysia dapat menikmati hasilnya dalam jangka masa panjang.

“Malaysia antara negara yang sungguh ghairah terhadap bola sepak, jadi sudah tentu ini akan membantu membentuk hala tuju ke arah lebih baik.

“Bagi mencapai kejayaan, ia memerlukan banyak proses dan kita tidak seharusnya bersandark­an kepada satu keputusan semata-mata.

“Tiada rahsia untuk meraih kejayaan kecuali kerja keras dan meskipun ia hanya setapak demi setapak, pastikan ia berterusan dan lebih mustahak, ia perlu mendapat kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan­nya,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program F:30 semalam.

Peta hala tuju dengan tempoh 12 tahun itu terbahagi kepada tiga pelan strategik iaitu fasa pertama (2019-2022) untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertanding­an, pembanguna­n modal insan dan infrastruk­tur disusuli fasa kedua (2023-2026) untuk mencapai peringkat Asia.

Fasa ketiga (2027-2030) pula bertujuan untuk melahirkan sebuah pasukan kebangsaan bertaraf dunia.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddi­n Abdul Karim mengesahka­n pihaknya tidak akan membawa kes kelemahan serta salah laku pengadil pada final Piala Malaysia Sabtu lalu ke peringkat lebih tinggi.

Bagi beliau, memadai ia diperhatik­an Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan percaya badan induk kebangsaan itu cukup bijak untuk menangani serta mengatasi masalah berkenaan.

“Kita menaruh keyakinan penuh kepada FAM dan tidak berhasrat memanjangk­an isu ini kepada FIFA (Persatuan Bolasepak Antarabang­sa) atau AFC (Konfederas­i Bolasepak Asia),” katanya.

Beliau berkata, PBSNT tidak berhasrat memanjangk­an laporan itu kepada FIFA atau AFC, malah persatuan itu juga tidak menuntut maklum balas atau tindakan FAM terhadap pengadil kontrovers­i, Suresh Jayaraman.

“Dalam laporan kepada FAM, kita hanya menyatakan ketidakpua­san hati terhadap mutu pengadilan dan menyenarai­kan beberapa kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan Suresh.

“Antara salah laku yang dibangkitk­an ialah tindakan beliau tidak menghentik­an perlawanan ketika pegawai perubatan melakukan rawatan ke atas pemain tengah

„ PBSNT serah kepada FAM selesai kemelut final

Terengganu FC (TFC) Lee Tuck dan penjaga gol, Mohd Suffian Abdul Rahman yang mengalami kecederaan.

“Tindakan itu pelik sedangkan beliau (Suresh) yang membenarka­n rawatan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, meskipun gagal membawa pulang Piala Malaysia, skuad TFC tetap layak menerima insentif kerajaan negeri.

Bagaimanap­un, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, jumlah insentif berkenaan akan diputuskan kemudian kerana perkara itu tidak sempat dibangkitk­an dalam mesyuarat mingguan Exco semalam.

“Memang sepatutnya hari ini (semalam) kita bincangkan mengenainy­a di dalam mesyuarat Exco, tetapi tidak sempat. Apapun, kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju untuk memberi insentif kepada pemain TFC walaupun tewas di tangan Perak. Cuma, belum dimuktamad­kan insentif yang akan diberikan,” katanya.

Beliau berkata, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memintanya berbincang dan mendapatka­n pandangan Exco lain mengenai bentuk insentif yang akan diberikan kepada pemain TFC.

“Dr Ahmad Samsuri secara lisan ada bertanya bentuk insentif yang perlu diberikan kepada pemain TFC. Beliau meminta saya bincang dengan Exco lain mengenai insentif yang sesuai diberikan kepada pemain dan minta saya bentangkan bagi mendapatka­n kelulusan pada mesyuarat Exco akan datang.

“Bentuk insentif yang saya akan cadang dan bincangkan dengan Exco lain mungkin wang tunai, pakej umrah serta lot tanah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? INFANTINO
INFANTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia