Harian Metro

Tchetche kecewa gagal tunai janji

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Selepas lama berdiam diri, kapten Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche akhirnya bersuara dan menganggap anugerah peribadi yang diraihnya musim ini langsung tidak bermakna selepas gagal menjulang trofi Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Penerima anugerah penjaring terbanyak Piala Malaysia musim 2018 itu mengakui tidak dapat ‘tidur lena’ apabila gagal menamatkan aksi sehingga masa tambahan selepas diusung keluar pada penghujung babak kedua akibat kecederaan.

Walaupun empat hari sudah berlalu, rasa kesal dan bersalah terus menyelubun­gi pemain kelahiran Ivory Coast itu kerana gagal menunaikan ‘janji’ kepada peminat untuk berjuang hingga ke wisel penamat.

“Ya saya sedih kerana tidak dapat membantu pasukan merangkul trofi Piala Malaysia selepas penantian selama

17 tahun sedangkan

(gambar)

kami bermula baik dan mendahului lawan 2-0 pada babak pertama perlawanan.

“Lebih menyedihka­n, saya tidak dapat menghabisk­an baki perlawanan kerana mengalami kecederaan serius yang memaksa saya dikeluarka­n.

“Walaupun muncul penjaring terbanyak Piala Malaysia (sembilan gol), tapi saya tidak berpuas hati apabila tewas di final,” katanya.

Pada aksi itu, Tchetche mencetak dua gol, namun TFC tumpas 1-4 kepada Perak menerusi penentuan sepakan penalti, selepas kedudukan terikat 3-3 pada masa tambahan.

Mengulas lanjut, Tchetche yang mula menyarung jersi skuad Penyu sejak pertengaha­n musim lalu turut mengaku kecewa kerana gagal meraih sebarang kejuaraan musim ini walaupun trofi Piala Malaysia begitu hampir dalam genggaman.

“Tapi itulah bola sepak, kita tidak dapat jangkakan biarpun gelaran juara Piala Malaysia hanya selangkah lagi,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia